Para Pengikut..

Monday, 25 July 2011

Trip ke Mundok, Rantau Panjang dan KB Mall

Salam uolss.

Baru dapat post entri setelah tiga hari bercuti. Phewww. (Melepaskan lelah yang panjang)

Jumaat nan indah.
Bangun awal-awal pagi bersiap untuk join trip ke Rantau Panjang dan lain-lain (rujuk tajuk entri). Semangat hokeh nak pergi tempat membeli blah. Terkejut jugak bila my sis bagitahu trip nie tiga buah bas. Dan kami bus no1. Tunggu punya tunggu 8.30am baru bas no1 sampai. Wah. Meriahnya. Makcik-makcik la ramai yang join. Trip ni sebenarnya under travel agency Kak Ros. Trip dia memang agak murah. Bayangkan bayar RM25 saja untuk ke tiga tempat diatas (rujuk tajuk entri lagi).

Kak Ros bagi taklimat (peewit.macam taklimat rombongan sekolah jer). Taklimat pasal keselamatan dan barang yang tak boleh beli di Mundok. 

Yoo. Dah sampai pun. Punyalah ramai manusia pergi Mundok hinggakan parking kereta penuh sesak. Kalah parking nak menonton konsert Justin Bieber. Ahakz. Makcik-makcik pun riuh duk gebang. Nie macam nak pergi pesta je yang ramai sangat orang ni. Haha. Pesta hape makcik hoiii?

Hokeh. Nilah pengangkutan yang akan bawa kami ke seberang. Bukan rakit tu la korang. Bot tu la.

Penuh satu bot baru jalan. Tambang RM1. Kalau satu bot 20 orang naik dah RM20. Kaya kau pak cik bot.


Tengok. Selamba je mamat tu riba adik. Thanks mamat.

Alhamdulillah. Selamat mendarat setelah mengharungi sungai tak lebar yang berarus deras.

 
Cuaca panas sangat. Bajet hot beli topi koboi. Gedik cari yang ada tulis Thailand. Bajet pergi bercuti honeymoon ke hoi?


Sebab nak senang bawak. Beli bakul dulu lepastu baru barang-barang-barang lain. 

Sila shopping dengan senang lenang. Duit sila keluar dengan laju sekali.

Dah lapar. Melilau cari kedai makan. Tempat makan tak banyak. Kedai makan plak ada 3-4 biji meja sahaja. Penuh pulak tu. Nasib baik jumpa satu kedai yang ada meja kosong. Tengok owner pakai tudung. Ok. Boleh singgah. Tak tahu nak pesan apa. Kami makan nasi goreng saja. Boleh la tahan sedapnya.

Sekali pakej dapat timun dan air lada dua jenis.Sambal pekat merah hot & spicy tu sungguh sedap. Letak dalam nasi gaul-gaul. Nyum. Memang sedap sungguh.

Pastu tengok moto tu. Cantik. Banyak gak moto tu kelihatan sini. Kalau Malaysia macam skuter la kot.
Mari sambung shopping sampai menipis wallet.

Finally, ada jugak gambar saya sekeping. Inilah akhibat pergi trip tak bawak camera. Camera hp saja. Sob! Eh, sori budak Ben 10. Nampak topi ngan mata sahaja.
MARI MENEKA SIAPA PEMILIK TOPI??
Dah penat berjalan masa untuk berangkat pulang ke Malaysia (menaiki bot). Sebenarnya nak bergambar dengan topi. Akhirnya tak nampak mata. Pasrah!

BUDAK BEN 10
Sempoi kan kau. Boleh senyum-senyum lagi di tengah-tengah sungai yang maha deras tuh.


Dah habis shopping kat Mundok pergi Rantau Panjang pulak. Tapi dalam jam 6.00 petang hujan lebat sekali dengan angin kuat. Tunggu hujan reda berlari menuju bas. Phewww.
(tiada sekeping gambar.Pasrah lagi)

Then pergi KB Mall pulak. Sales situ sana sini. Beli apa yang patut terus blah.
(Pun tak ambil gambar becoz bateri hp dah suku. Nanti bising en.beliau col saya tak dapat)

Bertolak pulang. Sampai rumah dalam jam 2.00am lebih kurang. Nasib baik pagi tadi parking kereta kat luar jalan besar. Takla haru-biru muka bawak bakul dan plastik-plastik yang tak muat bakul kalah bangla jual karpet.

Hokeh. Itu saja trip untuk kali ini. Next time nak ikut diorang trip ke Indon pulak. Bye.

1 comment:

  1. Anonymous12:13 pm

    Wow, awesome blog layout! How long have you been blogging for?
    you make blogging look easy. The overall look of your site is magnificent,
    let alone the content!

    my weblog Steel Grey Bridesmaid Dresses

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...