Para Pengikut..

Klik Me =)

Monday, 24 November 2014

Tergoda jugak akhirnya.

Salam uolls..

Baru lepas hantar suami kat muka pintu.hehe. Hope selamat sampai Dungun. Hari ni hujan pulak setelah 2,3 hari panas terik. Bersedialah rumah-rumah yang biasa dinaiki air. Simpan barang-barang penting siap-siap. Alhamdulilah umah sewa kita ni kawasan tinggi. Susah skit kot nak naik air. Harapnya pun macam tu lah.

Eh, apesal tajuk macam menyimpang ke laut je. Ehehe. Sebenarnya kita dah tiga minggu kot tak minum ais. Gigih sangat. Tengahhari matahari terpacak atas kepala pun order tea o panas. Ni gara-gara lelah yang makin menjadi-jadi. Kalau minum jugak sendiri tanggungla kan. Tapi semalam cuaca panas sangat. Panas sampai nak menjerit rasa. Bukak kipas pun wap panas yang terasa. Lalu tergoda lah dengan ais. Ambik kau tiga gelas minum tea o ais. Hahaha. Tanggung la akhibat malam tadi lelah. Huhuhu.

Hurm,asben pulak tibe-tiba je perut loya, rasa nak muntah tapi tak muntah. Mula-mula ingat salah makan, tapi apa yang dia makan saya pun makan. Pastu dia cakap mungkin mabuk naik bas. Haha. Sori asben,tergelak pulak. Yela. Hari Sabtu kitorang naik bas dari Kuantan-Dungun. 2 jam je kot asben. Asben pulak memang jarang sangat naik bas. Baru 3x seusia hidup. Fine. Ye la kot mabuk naik bas. Bas pulak macam nak runtuh, dengan macam-macam bunyi lagi keluar. Duk sit tengah pun macam sit belakang sekali. Adui. Ok lah. Get well soon my dear.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...