Para Pengikut..

Monday, 6 February 2017

Outdoor photoshot di Pantai Tanjung Jara Dungun

Salam uollss..

Hari tu kita join adik ipar punya outdoor photoshot. Saja menggedik. Kahkah. Kebetulan Isnin tu cuti lagi so petang tu lepas asar gerak ke pantai tanjung jara. Biasa jugak tengok pengantin ambik gambo kat batu2 macam ni. Ingatkan kat mana. Rupanya pantai tanjung jara. Tapi tak pernah lah kita jejak kaki ke sini. Adik ipar cakap jauh dari parking kereta nak menuju ke batu-batuan tu. So mil awal2 surrender tak nak join. Ok. Kita gigih la dengan adik ipar dengan budak kecik cinonet tu nak pegi jugak. Adoiiii. Penat mak nak berdukung dia dari kereta sampai kat batuan tu. Last2 bukak sliper berkaki ayam je jalan atas pasir tu. Memang jauh dari parking nak ke batu-batuan tu.

Tapi berbaloi sebab view cantik sangat. Pantai situ pon bersih je. Nak mandi-mandi kat kawasan cetek kat batuan tu pun air jernih. Next time boleh ajak daniel mandi situ. Anak mami ni 1st time kot dibawak ke pantai main lari2 atas pasir. Eksaited sangat la dia. Risau jugak sebenarnya. Petang tu nampak dia dah selsema. Balik rumah lepas mandi terus sapu minyak seluruh badan. Nasib tak melarat selsema n demam. Tau la pantai tu angin sejuk debu pasir berterbangan pulak kan. Nasib baik jugak mami ni jarang bawak dia mandi manda pantai semua. So dia nampak air wat dek jer. Nasib tak mengamuk nak main air. Kiki. Biasalah budak baru dapat kaki. Nak lari2 jela kerjanya. Orang pegang tangan tu beria2 dia lepaskan tangan. Nak lari sendiri. Sabor jelah mak nakkk.


Pastu tiap kali jatuh atas pasir tu terus genggam pasir. Skali mami pandang tengok pasir tu dah kat muluttt!!!! Redho jelah mak nak. Berapa kali entah awak makan pasir. Adui. Tak taulah sampai bila fasa mengutip masuk mulut ni akan berakhir.





Main kejor2 dengan kak maisarah sepupu dia. Geram mami tengok maisarah pakai gaun ni. Aduiiii. Pasni adik daniel pompuan la pulak yer. Hakhak. Semudah itu ko rekues yer mami oii.



Pengantin bizi photoshot kitorang pon acah2 jugak la. Jangan lupa nantikan lagu single dari kami. Hahaha.


Mami, cikteh, daniel


Acah2 tengok laut. Abaikan baju kain berterbangan ditiup angin. Kuat sangat angin sini. Heeee.


Anak mami yang super aktif. I love you nak. 


Kejap je duk atas mami, pastu jerit nak turunnnn!!!


Ngan cikteh pulak. Cikteh tu kenapa tiba2 atas kepala ada ribbon comel.


Tensen betol ambik gambo kat pantai ni. Haha.


Ada la sekeping yang nampak helok skit kan. Yang lain kelaut semuanya. Bukan senang nak bergambo dengan anak teruna aktif mami neh. Haha.


Nasib ada along layan ambik gambo kami. Kahkah. Layankan aje laaaa.


Last but not least..gambo pengantin dari kejauhan dah lah. Kiki.


Tak sabo tengok gambo dari op. Mesti cecantik view situ. Eh. Ahkak dah kenapa mengalahkan pengantin pulak nehhh.

Okeh. Tu je gambar2 menggedik di pantai. Bye uollss.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...