Para Pengikut..

Klik Me =)

Thursday, 9 February 2017

Resepi nasi minyak ayam masak kurma - mudah dan cepat

Salam uollss..

Pagi tadi masak nasi minyak. Cewaah. Kesian jugak Daniel sebenarnya. Saya ni macam takde variasi sangat bagi bekal dia. Kalau nasi goreng tu seminggu adalah dalam 3 kali. Haha. Harap adik tak bosan lah. Cuma pelbagaikan resepi. Kadang-kadang buh telur, then buh ayam, then bilis. Alhamdulillah berat pon dah semakin naik. Hope next week pegi klinik timbang naik lagi yer dik. Doktor pon cakap kalau buat nasi goreng ok lah sebab dalam tu kita campur semua nutrisi dari sayur ikan or ayam. Eh. mami ni suka membebel betul. Cakap nak bagi resepi nasi minyak je. Ni dah separuh mukasurat membebel apa kes?? heeee.

Untuk simpanan sendiri jela next time mami godek belog sendiri je cari resepi =)

NASI MINYAK AYAM MASAK KURMA.
(ni sukatan saya sikit je untuk saya dan anak je)

Nasi Minyak Simple
Nasi 1 pot kecik
Susu cair sikit
Bawang merah 2 ulas - hiris kecil
Bawang putih 2 ulas - hiris kecil
Halia setengah inci - hiris kecil
Rempah 4 sekawan
Daun pandan 1 helai
Marjerin 2 sb

Basuh beras dan toskan.
Masukkan marjerin, tumis bahan hiris kecil kemudian masukkan rempah sekawan dan daun pandan.
Gaul sekali ngan nasi kejap kemudian transfer masuk periuk lektrik tu. (tadi saya tumis dalam kuali.heee). Masukkan susu cair anggaran 1 senduk macam tulah. kemudian tambah air sampai sukatan tu cukup.
Tambah garam sikit je.
Kacau skit.
Tinggal kan nasi tu jangan plak lupa on plug yer =p.

Ayam Masak Kurma

Ayam (3 ketul je)
Santan Kotak (separuh kotak)
Rempah kurma (2 sb) - campur air skit supa tak berketul2
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia 1inci
Ubi kentang - potong 4

Bawang dan halia blend kemudian tumis dengan sikit minyak.
Masukkan rempah yang gaul air tadi.
Masukkan ayam dan air.
Ayam masak masukkan ubi kentang dan santan.
Buh gula dan garam.
Dah masak angkat =)

Kebetulan ada timun batang so kita buat acar mentah sikit.

Timun + cuka +garam+gula+cili padi+bawang merah.

Gaul sebati. Okey. Tuje. Sambal tak sempat buat. Rushing pack bekal untuk Daniel dan mami. Esok kot repeat masak lagi. Asben ada best lah masak sedap-sedap =)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...