Para Pengikut..

Klik Me =)

Friday, 8 September 2017

Update Daniel Asyraf 1y 8m

Salam uollss..

 Ewah ewahh ahkak ni honeymoon betul yer berzaman bersawang dah belog. Adehh. Ni bersiaran dari umah mil. Ahad ni cuti fwd cuti agong so asben balik ambik kita 2 beranak. Dapat cuti lama skit sini. Next week balik lg. Kiki. Heaven betul cuti bulan 9 ni. Cuti yang sedia ada tu tak terusik sangat. Kahkah. Dah start sem nak cuti pun rasa malas. Sayang keje rupanya saya. Haha.

Nah lama tak jenguk belog kan. Terus nak membebel sini. Macam ramai je baca belog saya. Hai peminat2 follower semua #flipshawl. Hahaha. Ada orang kesah ke kau update ke tak.

 Ok. Dah alang2 update sini meh la kita update story pasal anak. Itulah modal saya nak bercerita sekarang. Daniel dah 1y 8m lebih dah. Cepat sungguh masa kan. Sekarang dah fasa bercakap bahasa korea.

So nak citer pasal words yang dia dah boleh sebut je la. Sejak pandai cakap dia sebut dengan jelas papa dan bah (bas). Masa tu semua kenderaan dia panggil bah. Lepas tu barulah pandai sebut car. Lori tu memang dah berbuih mami betulkan dia tetap sebut bah. Hahaha.nak sebut mami memang tak keluar lagi la. Duk papa papa papa je la.

Kalau sebut "banyaknya car dik"..Terus dia bilang "atu..empat". Yang tu jela. Kalau english lak dia tau ten jer. Hahaha. Perkataan lain yang dia boleh sebut..hurm..

-Air
-Akit (sakit)
-Ompat (lompat)
-Ayi (lari)
-Epok (kopok)
-Ata(Gatal)
-Bak (Susu)
-Apok (Bapok=besar sangat).Pior ganu nim
-Aauu (Tak tahu)
-Nok (Nak)

Ok. Ada lg kot. Cuma tu yang selalu dia duk sebut. Bila ntah mami nak tunggu awak panggil nama mami dik. Hehe. Takpelah. Biar lambat asal cakap lemah lembut, hormat orang tua yer.

Masih lagi fasa membuas yang amat. Kalau pakaikan dia kasut mami kena standby kuasa boboiboy kuasa 5 la untuk pantau dia supaya tak lari jauh. Haha. Memang penat kalau dia main lari2. Redo jela mami dik. Asal awak sihat aktif sokmo yer nak.

Ok bai. Dah kul 11 nak tidokan si budak buas ni dulu. Daaaa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...