Salam uollss.
Bersiaran dari Kota Bharu. Minggu ni ada training kat Kota Bharu ni. Actually ni 2nd week dah. Last week pun ada. Lama sangat tau tak datang Kota Bharu. Last adalah training masa mula-mula masuk kerja 9 tahun lepas.
Suka datang Kota Bharu ni sebab makan sedap-sedap, murah pulak tu tau. Ni last week punya citer. Kitorang bertolak ngan kereta lepas subuh. Sampai ngam-ngam 8.30 am sempat la makan nasi dulu.
Biasanya kat Kelantan ni breakfast dah makan heavy2. So kita makan la nasi berlauk gulai ikan aye dengan daging goreng kunyit. Kenyang sampai tengahhari. Hehe.
Stay kat hotel dekat jer dengan tempat training. So takdela jauh sangat nak ulang alik sebab training Jumaat dan Sabtu. Suka hotel ni sebab design dalamnya cantik2.
View dari level 29. Gayat duduk kat balkoni tu. Haha. Boleh nampak bandar Kota Bharu.
Keesokan harinya nak makan nasi kerabu, pergi kedai tu nasi kerabu pulak tak jual hari tu. Kesian kawan ai yang preggy ngidam nak makan. So makan je la apa yang ada.
Ni kuih cek mek tau. Tapi bentuk fizikal lain sikit. Rasa sedap sebab tak manis sangat. Pasni boleh ejas la bentuk jadi bulat-bulat macam ni senang sikit. Hehe.
Pak cik ni jual kuih pau kacang. Sedap jugak makan panas-panas.
Alhamdulillah training minggu lepas dah berjalan dengan jayanya.
*****
Habis training terus balik rumah singgah Jabi tapau sate kat Kedai Suria. Sampai rumah asben suruh pack baju untuk balik Dungun pulak sebab pagi Ahad nak ke Kuantan kenduri sambut menantu pak sedara asben.
Pagi Ahad gerak ke Kuantan dalam kul 9.00 am. Pergi dua buah kereta dengan mil dan adik-adik ipar dan biras.
Daniel payah nau nak ambik gambar. Payah nak tengok camera. Mami pasrah.
With adik-adik ipar
Anak buah, Wafi bambam. Geramnya nak cubit pipi dia.
Sampai sana rest rumah mak cik dulu. Pastu baru pegi makan.
Daniel membuas la kerjanya. Lari lari dalam rumah, luar rumah. Adoii.
Keluarga kecik kami. Yang baby kecik cinonet tu mami pinjam baby Aishah. Super bambam jugak.
Daniel dan kakak Sarah. Kakak Sarah dah dapat adik so kena tukar panggilan tak boleh adik lagi dah.
Kena panggil kak long la pulak kan.
Mami pun nak feeling dukung baby jugak😂😂😂
Bergambar dengan keluarga dan pengantin baru.
*****
Hari Sabtu adik ipar plan untuk sambut birthday kakak Sarah dan anniversary ibu ayah Sarah. Suka sangat Sarah dapat kek.
Suka sangat kakak bila orang sambut birthday dia dengan corak hello kitty lagi kat kek kan.
Semoga membesar jadi anak solehah kebanggaan ibu dan ayah.
Petang Sabtu saya terus balik rumah. Berdua dengan Daniel. Sebelum ni asben tak benarkan kami travel berdua. Nasib baik Daniel behave je. Mami umpan botol susu.
Berakhirnya cuti 4 hari penuh dengan aktiviti. Penat sangat takde rehat weekend. Minggu ni training di Kota Bharu lagi. Bertabahlah mami demi tanggungjawab pada kerja.
walaupun busy tapi sempat juga luang masa dengan family. Tahniah kepada pengantin baru & happy birthday si comel. Kek pun comel macam tuan dia jugak :D
ReplyDeleteYes dear. Kena adil dan saksama.amanah keje dan keluarga.huhy.
DeleteSeronoknya jalan-jalan
ReplyDeleteHehe.kerja kena selit jugak jalan2 baru tak stress kan.
DeleteHehe
padatnya aktiviti...hehe...
ReplyDelete