Salam uollss..
Siapa pernah pergi ke Kuantan, Pahang? Antara negeri yang paling kerap saya berkunjung. Salah satunya sebab berjiran jer dengan Kuantan. Selain tu Kuantan ni banyak jugak tempat menarik untuk menenangkan fikiran. Terpulanglah tenangkan fikiran di pantai atau shopping mall.
Sebelum ni kalau pergi Kuantan saya suka menginap hotel area bandar senang untuk cari tempat makan dan pergi shopping mall. Tapi sebab dah lama plan nak tenangkan fikiran kat area pantai pulak so saya jumpa la artikel ni 18 hotel terbaik di Kuantan 2020. Lepas review satu persatu list yang ada ni lah hotel yang paling menarik minat saya.
Mandurah Hotel Kuantan
Mandurah Hotel ni kedudukannya di kawasan Pantai Balok yang menghadap laut Cina Selatan dan hanya 10 minit pemanduan dari bandar Kuantan. Ok lah tak jauh pun untuk saya cari makan kat bandar atau pergi shopping mall. Tengok pada gambar-gambar yang ada ni pun dah buat saya jatuh cinta dah. Bayangkan bangun pagi bukak langsir terus dapat mengadap keindahan pantai.
Hotel dengan suasana resort ni mempunyai 60 buah bilik yang direka unik dengan ciri tradisi moden yang selesa dan luas untuk para tetamu. Paling best bilik di sini menawarkan pemandangan laut yang membiru dan menenangkan. Baik bilik jenis standard atau suite keluarga. Harga yang ditawarkan berbaloi iaitu RM138 - RM145 sahaja.
Tengok lah gambar bilik di bawah ni, nampak mewah kan? Dengan suasana yang moden dan klasik membuatkan kita rasa tenang jer menginap disini. Penggunaan warna tiada yang menyerlah sangat kan. Sejuk mata memandang wei.
Tengoklah gambar-gambar di atas tu. View pantai tu melambai-lambai lah. Hehe. Petang-petang boleh ajak suami dan anak jalan-jalan di pesisir pantai. Korang kalau nak jalan-jalan di Kuantan dan tercari-cari tempat penginapan boleh terjah 18 hotel terbaik di Kuantan 2020 yer. Banyak lagi pilihan hotel mengikut citarasa, budjet dan minat korang.
Kalau korang pun berminat untuk menginap disini, saya sertakan alamat Mandurah Hotel Kuantan :
D - 929216, Pantai Beserah,
Jalan Kuantan - Kemaman,
26100 Kuantan, Pahang.
No comments:
Post a Comment