Para Pengikut..

Showing posts with label Kucingkami. Show all posts
Showing posts with label Kucingkami. Show all posts

Sunday, 6 September 2015

Si bulat kesayangan kami.

Salam uollss..
 
Jumaat Sabtu lepak-lepak rumah mak jer. Asben tak balik coz baru je Rabu lepas balik Dungun. So, minggu ni kebosanan sangat. Breakfast kat rumah mak. Lunch pon rumah mak. Dinner makan siap-siap petang tu. So dapur tak berasap sangat 2 hari neh. Hiksss.
 
Ni si bulat kucing kesayangan semua orang kat rumah mak tuh. Mentang-mentang awak bulat bulu lebat rendang tak berbuah je semua orang sayang la yer. Hehe.
 






 
Semoga sihat selalu Bulat dan terus menceriakan hari-hari kami =)
 


Thursday, 19 March 2015

Perkembangan si Kiko.

Salam uollsss...

Dah dua minggu Kiko menetap kat rumah. Manja sangat budak Kiko neh. Saya balik je kerja mengiau tak tentu arah. Bila kita duk atas kusyen terus dia naik atas riba lentokkan kepala atas peha. Comel sangat perangai. Nak bermanja rupanya.
 
 
Kalau saya baring pulak. Naik atas perut okey landing sedap je.

 
Hehe. Ni kita tak angkat pun dia letak atas riba. Pandai naik sendiri. Kalau letak je atas lantai balik mesti mengiau tak tentu arah. Kesian pulak. Agaknya tak cukup bermanja berkasih sayang lagi dengan adik beradik n mak dia terus saya bawak lari. Kesian awak Kiko. Heheehh.

 
Hehee. Suka betul kalau dapat lentokkan kepala dia macam tu.

 
Hari tu masa mula-mula dia datang saya kurung dia dalam bilik air. Konon nak dia belajar buang air dalam toilet. Tapi macam tak menjadik je taktik tu. So saya ajar dia membuang atas baju buruk letak tepi dinding kat dapur. Hari-hari kena basuh baju tu. Setakat ni dia akan membuang kat tempat yang sama tu je lah.

 
Makan pulak masa 2-3 hari dia datang saya bagi nasi dan ikan. Tapi dia macam tak berselera sangat makan. So saya bagi makan makanan kucing tu la. Beli sekilo. Setiap pagi letak dalam satu bekas. Letak air satu bekas. Nasib baik dia makan je makanan tu. Asalkan setiap hari dia membuang tu ok lah kot pemakanan dia kan. Hehe. 

 
Hari tu bukak laptop nak buat kerja. Kiko macam jakun je tengok laptop. Terus jalan-jalan atas keyboard. Pastu bila kita marah terus dia terselit atas riba tengok kita buat kerja. Hehe.

 
Semalam hantar Kiko balik rumah mak. Jakun pulak dia dah dua minggu tak balik kan. Dicium-ciumnya segenap ruang kat dapur. Petang ni balik rumah mil tiga hari. Terpaksa la tinggalkan Kiko kat umah mak. Lepas ni tak tau la nak ambil balik ke tak. Hehehee. Ni namanya hangat-hangat taik ayam neh. Bela sekejap hantar rumah mak balik. Heheheh.
 
 
 
 


Saturday, 2 November 2013

Rumah manis rumah.

Salam uollss..

Cuti yang sangat heaven!!Yeayyy. Sebab cuti Jumaat sampai Ahad, Isnin kerja dan Selasa cuti pulak. Ramai yang cuti hari Isnin, tapi aiollss malas nak apply cuti walaupun cuti banyak lagi berbaki kan. Sebabnya kalau cuti pon duk lepak kat rumah jer sorang-sorang sangatlah membosankan. Jadi kerja la kita Isnin nanti. #Pekerjaberdedikasisangatkankankan

Hari Jumaat iaitu semalam lepak kat rumah jer. Kemas rumah basuh baju semua. Hari ni Sabtu baru lah ke rumah mak. Masak dan lunch kat rumah mak. Lepas asar tadi baru balik. Awal-awal pagi mak dah call suruh beli ubi steller (ewahhh nama omputih ko!). Dah agak dah mesti mak nak masak lemak pucuk paku.


Masak lemak pucuk paku mesti ummphh kalau pekena dengan ikan kerisi jeruk. Goreng pastu perah asam limau. Ermmm dapp!!


Dapnyer..eh, tak cukup lauk lagi neh..


Tambah singgang-menu wajib rumah mak dengan budu. Barulah terangkat. Makan bertambah la jawabnya.


Petang pulak mak rebus ubi kayu. Pekena pulak dengan kopi O.

Pastu rileks kat luar tengok Dora ngan Diego main. Geram betul budak-budak gemok ni main. Rasa nak gigit-gigit jer. Thehehe.









Okey meaw-meaw semua aiolls balik dulu esok kita jumpa lagikkk.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...