Salam uollsss...
Dah dua minggu Kiko menetap kat rumah. Manja sangat budak Kiko neh. Saya balik je kerja mengiau tak tentu arah. Bila kita duk atas kusyen terus dia naik atas riba lentokkan kepala atas peha. Comel sangat perangai. Nak bermanja rupanya.
Kalau saya baring pulak. Naik atas perut okey landing sedap je.
Hehe. Ni kita tak angkat pun dia letak atas riba. Pandai naik sendiri. Kalau letak je atas lantai balik mesti mengiau tak tentu arah. Kesian pulak. Agaknya tak cukup bermanja berkasih sayang lagi dengan adik beradik n mak dia terus saya bawak lari. Kesian awak Kiko. Heheehh.
Hehee. Suka betul kalau dapat lentokkan kepala dia macam tu.
Hari tu masa mula-mula dia datang saya kurung dia dalam bilik air. Konon nak dia belajar buang air dalam toilet. Tapi macam tak menjadik je taktik tu. So saya ajar dia membuang atas baju buruk letak tepi dinding kat dapur. Hari-hari kena basuh baju tu. Setakat ni dia akan membuang kat tempat yang sama tu je lah.
Makan pulak masa 2-3 hari dia datang saya bagi nasi dan ikan. Tapi dia macam tak berselera sangat makan. So saya bagi makan makanan kucing tu la. Beli sekilo. Setiap pagi letak dalam satu bekas. Letak air satu bekas. Nasib baik dia makan je makanan tu. Asalkan setiap hari dia membuang tu ok lah kot pemakanan dia kan. Hehe.
Hari tu bukak laptop nak buat kerja. Kiko macam jakun je tengok laptop. Terus jalan-jalan atas keyboard. Pastu bila kita marah terus dia terselit atas riba tengok kita buat kerja. Hehe.
Semalam hantar Kiko balik rumah mak. Jakun pulak dia dah dua minggu tak balik kan. Dicium-ciumnya segenap ruang kat dapur. Petang ni balik rumah mil tiga hari. Terpaksa la tinggalkan Kiko kat umah mak. Lepas ni tak tau la nak ambil balik ke tak. Hehehee. Ni namanya hangat-hangat taik ayam neh. Bela sekejap hantar rumah mak balik. Heheheh.
kiko dah xde..mesti sedeh sgt kan..kebahagiaan datang umpama pelangi.. tiba2 Ia datang dan sekejap jer di pandangan mata..kemudian pergi..kemudian datang lagi dan pergi..
ReplyDelete