Para Pengikut..

Sunday, 8 March 2015

Mumy dah ada baby lah =)

Salam uollss..
 
Hari tu umah mil ada beberapa ekor meow baru beranak, so diorang adik-beradik copkan untuk Kak Long sekor. Nama Jojo. Tapi jenuh jugak nak bawak balik umah sewa sampai ke sudah tak tau bila nak bawak balik kan. Biasa pagi saya tolak dari Dungun terus masuk kerja. Macam mana nak bawak seekor kucing travel kan. Nak harapkan asben bawak balik. Sori naik lori katanya. Haha. Kedekut betol keta dia. Meow nak tumpang sekor pon jangan haraplah.
 
Kemudian Jumaat lepas asben balik bagitau Jojo dah mati. Haaa????speechless lah kiter. Takde jodoh nak bela awak Jojo.
 
Pastu kat rumah mak pon ada kucing beranak. Mak kucing beranak 3 ekor anak, anak dia pon beranak jugak 2 ekor. Sampai anak kucing pon konpius mana mak dia, mana nenek dia. Main tibai je isap susu mak or nenek. Kelakar betol. Hehe. Semalam balik rumah mak. Eh, macam mana ntah hati mumy terpaut dekat awak.
 
KIKO.
Ni kot orang cakap dari mata turun ke hati. Ceeewahhh. Hope mumy tak syok sendiri lah. Haha.
 
Mak dia jinak, suka bermanja. So anak dia pon mewarisi lah kemanjaan tuh.



 
Petang tu terus bawak balik rumah. Tempoh percubaan seminggu. Kalau macam tak serasi Jumaat nanti hantar rumah mak balik lah jawabnya.
 
 
Sian betul. Masuk dunia baru terus mengiau tanpa arah tujuan. Tengok sekeliling lain pulak tuh. "Apsal rumah ni kecik sangat. Lari laju-laju kang terlanggar dinding tak sempat brek." ahahha.


 
Tapi kan mumy sampai tak bleh buat kerja kat dapur. Asyik nak bergayut je kat kaki. Bila mumy stop buat kerja rehat atas tangga dapur tu cepat-cepat dia panjat naik atas riba landing kat situ.
 
Ni buat mumy bertambah jatuh hati kat awak Kiko. Harap serasi lah kat rumah mumy. Dan harap awak berani sergah cik ti kalau nampak kelibat dia. Kehkehkeh.
 
Cuma asben dah tetapkan syarat, kalau nak bela meow boleh, jangan cium-cium, atau gosok-gosok meow pastu pegi kat dapur sediakan makanan ke..kebersihan kena jaga.
 
Baiklah asben. Menurut perintah =)


4 comments:

  1. aiceceh,.. KIKO.. mesti anak dora nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. HH, haruslah anak dia kan manja gebu gebas..aiollss suka lah =)

      Delete
  2. hihi sian ko KIKO..jgn main lari2 sgt.. nanti xsempat brek..terbabas langgar dinding..kemek hidung mancung awk tu.. suke tgk dia lari laju2 kat umah mak..mcm la msuk marathon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. my sis, hehe..dia memang nakal awok eh..nikus sokmo.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...