Para Pengikut..

Friday, 7 November 2014

Check in.

Salam uolls..

Bersiaran dari Kuantan ni. Kebetulan hotel dapat wifi. Jimat kuota ai. Haha. Update via hp. Eh,lately tengok ramai blogger up pasal samsung note 4. Wah, terliur sangat tengok. Melting habis. Dapat untuk hadiah hari jadi Januari nanti pun okey da. Takpun up skit bulan Mac. Hadiah anniversary. Hye asben, awak nampak hensem la hari ni. Hakhak.

******

Hahaha. Kemain nak up status guna wifi hotel pastu tertido..bangun pagi tadi bizi dengan urusan terus masuk draf. kesian ko dapat tuan rumah blog yg bizi kemain. Ni dah sampai umah mil dah.

Tiga kali weken berturut-turut naik kuantan. Fuh. Dah macam pjj dengan orang Kuantan je neh. Duit mengalir macam air dah ni.. Weken depan ada kursus ngan dinner kat KL pulak. Makin kontang la wallet. Wuuu. Nasib baik atm bernyawa. Haha.

Wednesday, 5 November 2014

Win a 3 days 2 night trip to Macau Blog Contest

 *sticky post. godek2 dibawah untuk entri baru*
 
Woww!!! Menangi peraduan  3D 2N trip ke Macau.

Bestnya kalau dapat pergi trip ke luar negara. Macam-macam pengalaman boleh dikutip kan. Nak-nak kalau pergi percuma wei. Siapa tak nak kan?? So apa lagi korang, jom lah join Win a 3 days 2 night trip to Macau Blog Contest ni. Untung-untung ada rezeki dapat pergi Macau. Bestnyaaaaaaa.

Senang je, korang perlu post kat blog tu kenapa korang nak sangat ke Macau. Apa yang best kat sana sampai menarik minat korang nak pergi trip ni. Atau korang boleh ceritakan sekurang-kurangnya DUA daripada elemen dibawah  yang menunjukkan daya tarikan dan identiti Macau :
1)      Acara & Perayaan
2)      Makanan
3)      UNESCO Heritage Sites
4)      Produk Pelancongan
5)      Hiburan

Boleh  terjah laman web http://my.macautourism.gov.mo/ untuk maklumat lanjut.
Dan korang yang pernah pergi Macau boleh jugak review trip korang yang best-best tu. Nak jugak tau pengalaman korang. Bestnya. Bestnya.  #terovereksaitedpulak..hehehe.

 Jangan lupa kalau menang nanti bawak camera, hp korang, nanti boleh ambik gambar banyak-banyak post kat media social korang – Blog, Instagram, Facebook, Twitter dan semualah media social yang korang ada.

Tempoh peraduan : 20 Oktober 2014  hingga 23 November 2014

Psssttt (penting ni kalau nak jadik WINNER) :
1.      Jangan mention pasal perjudian/kasino dalam Win a 3 days 2 night trip to Macau Blog Contest
2.      Jangan review yang negatif pasal Macau (pasal hotel ke makanan ke) just yang positif saja okeyy. Kata nak jadik WINNER kan. Heeee.
3.      Jangan promote destinasi lain (kecuali Hong Kong / China kerana dorang pintu masuk ke Macau tapi janganlah korang cerita detail pulak kan)

Dah siap entri boleh la post URL entri korang kat comment blog Nuffnang

Ok. Cepat-cepat join sebelum tarikh tutup. 

Gud luck semua =)

Tuesday, 4 November 2014

Seprais la kononnya.

Salam uollss..

Stress sangat saya sekarang sejak-sejak cik ti jadi penghuni rumah jugak. Sama-sama menyewa. Adoiii. So, malam-malam kena make sure takde makanan terdedah, tong sampah kena tutup, tak bleh just letak dalam plastik ikat macam tu jer. Ada hikmah jugak. Nak suruh tuan rumah jadi rajin kan. Baiklah aiollss pasrahhh.

Macam-macam keganasan dia telah buat pada rumahtangga saya. Masuk dalam periuk letrik berapa kali dah. Solutionnya periuk letrik kena tutup dengan periuk lain pulak setiap masa. Tak tau kecik sangat ke dia sampai boleh masuk. Pastu putuskan wayar washing machine sampai rosak. Grrrrrr. Dah panggil orang baiki rupanya kerja dia. Siap tinggalkan sisa-sisa lagi. Nasib baik kena bayar RM30 jer. Pastu gigit penutup botol minyak, penutup botol madu, botol suplement, sudip plastik. Eh, awak ni pemakan plastik ke ha??

Pastu kalau 2-3 hari saya tinggalkan rumah balik kampung mil mesti dapur penuh dengan tinggalan sisa-sisa dia. Sabar je la awak. Sekarang semua harus bertutup. Rak pinggan sementara tu pun dah tak guna dah bukak simpan dalam stor dah. Ni pun setiap kali guna pinggan, sudu dan semua lah mesti saya akan basuh dulu sebelum guna. Rasa macam was-was sangat.

Banyaknya saya membebel pasal cik ti. Hmmm.

Hari tu kan asben dah bagi persetujuan nak bela kucing. Pastu saya macam terpikir la saya kan selalu balik kampung. Macam mana dengan kucing tu. Hmmmm. So terpaksa tangguh dulu la keinginan nak bela kucing.

Weekend asben balik heret la pegi kesitu-kesini. Shopping barang dapur yang dah kering kontang pastu pergi kedai peralatan rumah nak beli bekas besar boleh la saya letak stok makanan ke apa-apa kan. Takde la asyik buang je kerjanya bila tengok dah kena gigit oleh cik ti.

Mula-mula beli bekas tutup hijau ni. Ambik semua sumbat dalam tu, minyak, bawang, gandum apa lagi ntah ada. Takpe beli bekas macam ni tak membazir. Heee. Pastu siap membeli belah baru perasan kat luar kedai ada storage box yang besar punya. Arghhh. Kenapa tak perasan awal-awal. Mulalah teragak-agak nak beli ke tak nak. Asben cakap beli lah. Ai cakap membazir pulak banyak-banyak nak buat apa. Takpelah ai cakap. Next time boleh jer beli kalau betul-betul keperluan.

 
Balik kerja asben ada kat rumah. Dia bagi kunci  and mintak tolong ambikkan barang dalam bonet kereta. Huhu. Boleh tak dia dah balik rumah dari tadi pastu isteri balik keja ni jugak dia mintak tolong kan. Hehehe. Takpe la asben. Nasib baik ai rajin. Muahahha.
 
Bukak bonet kereta.....senyum panjang sampai telingala kita.
 
Rupanya dia pegi balik kedai tu belikan storage box ni. Terima kasih asben. Memahami sangat isi hati saya. Kikiki. Walaupun tak beli kabinet dapur, storage box ni pon buat saya eksaited sangat dah. Hehee.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...