Para Pengikut..

Monday, 24 November 2014

Tergoda jugak akhirnya.

Salam uolls..

Baru lepas hantar suami kat muka pintu.hehe. Hope selamat sampai Dungun. Hari ni hujan pulak setelah 2,3 hari panas terik. Bersedialah rumah-rumah yang biasa dinaiki air. Simpan barang-barang penting siap-siap. Alhamdulilah umah sewa kita ni kawasan tinggi. Susah skit kot nak naik air. Harapnya pun macam tu lah.

Eh, apesal tajuk macam menyimpang ke laut je. Ehehe. Sebenarnya kita dah tiga minggu kot tak minum ais. Gigih sangat. Tengahhari matahari terpacak atas kepala pun order tea o panas. Ni gara-gara lelah yang makin menjadi-jadi. Kalau minum jugak sendiri tanggungla kan. Tapi semalam cuaca panas sangat. Panas sampai nak menjerit rasa. Bukak kipas pun wap panas yang terasa. Lalu tergoda lah dengan ais. Ambik kau tiga gelas minum tea o ais. Hahaha. Tanggung la akhibat malam tadi lelah. Huhuhu.

Hurm,asben pulak tibe-tiba je perut loya, rasa nak muntah tapi tak muntah. Mula-mula ingat salah makan, tapi apa yang dia makan saya pun makan. Pastu dia cakap mungkin mabuk naik bas. Haha. Sori asben,tergelak pulak. Yela. Hari Sabtu kitorang naik bas dari Kuantan-Dungun. 2 jam je kot asben. Asben pulak memang jarang sangat naik bas. Baru 3x seusia hidup. Fine. Ye la kot mabuk naik bas. Bas pulak macam nak runtuh, dengan macam-macam bunyi lagi keluar. Duk sit tengah pun macam sit belakang sekali. Adui. Ok lah. Get well soon my dear.

Thursday, 20 November 2014

Berbowling bersama famili terchenta.

Salam uollss..
Hari tu masa pegi Shah Alam abang aiolls datang pick up kat hotel ajak main boling. Mekasih abang. Dari Klang datang ambik kita kat Shah Alam bawak pegi Wangsa Bowling Setia City Mall. Lama sangat dah tak main bowling neh.

Jom pilih kasut dulu..

Yang main 6 orang, me, kakak ipar, dua orang abang, sorang anak buah laki dan adik kesanyang aiolllss Apihapijol. 
With my beloved kakak ipar. Suka sangat tengok my sis ni sangat penyayang dengan anak-anak.


Anak bongsu abang, Alesha. Alesha tak sihat sangat. Selsema eh dik. Sian dia.









Main 1 game pon dah penat. Tu pon berapa kali masuk longkang daaaa...


With Apihapijol. Bencik kenapa awak kurus sangat.


Pastu terus balik. Balik ngan abang yang duk Putrajaya n Apihapijol. Jauh gilew parking kereta. Nasib baik flat shoes. Singgah kat uptown Shah Alam dulu makan-makan then abang terus hantar balik. Tengkiu semua.

TIPS MUDAH BERSALIN

Salam uollls..

Ni saya dapat kat Facebook. Konon senang nak baca share ke wall sendiri. Tapi nanti lama-lama mesti susah nak carik kan. So kita tempek sini untuk panduan bersama.

  1. 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.
  2. Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.
  3. Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
  4. Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
  5. Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
  6. Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
  7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (nanti baby lahir kulitnya bersih je)
  8. Makan kurma dalam bilangan ganjil
  9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
  10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
  11. Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang
    jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  12. Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak.
    Jangan angkat punggung semasa meneran sbb nt koyak teruk
  13. Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut
  14. Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin
    kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat-cepat.
  15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri,Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
  16. Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
  17. Minum air Selusuh. Lebih baik kalau dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang.

Che Ta, pinjam gambo anak yer. Heee.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...