Para Pengikut..

Monday, 12 February 2018

Resepi gulai ikan aye

Salam uollss..

Hari tu beli ikan aye. Teringin nak makan singgang ikan aye. Lunch tu masak la singgang. Eh malam tu pulak tetiba nak makan gulai ikan aye pulak. Aduh. Ape punya nafsu la. Kebetulan ada santan dalam peti gigihla kita masak gulai ikan aye. 

Resepi gulai ikan aye (ikan tongkol) 

Ikan aye (rebus dulu dengan garam dan asam gelugur). Saya guna ikan lebihan kuah singgang tu jer.
Santan
Cili boh
3 biji bawang merah (bergantung la. Saya gulai ikan tu 4 ketul kecik je. Haha)
Lengkuas 1 inci
Kunyit hidup 1 inci
Ketumbar 1 sudu 
Asam gelugur 2 keping
Garam dan gula
Cili 2,3 biji

Blend bawang, lengkuas, kunyit dan ketumbar. Masukkan dalam periuk yang dah letak santan terlebih dahulu. Kacau sentiasa. Masukkan cili boh dan asam gelugur. Dah mendidih tu masukkan ikan. Tambahkan perasa-gula dan garam. Saya letak garam last sekali bila dah nak masak. Sebab ikan dah sedia masin kan. Rasa dulu kalau dah sedia terasa masin memang tak buh garam dah.


Gulai ni pekena dengan ulam timun dan budu ngam sangat. Hahah. 

Saturday, 10 February 2018

Resepi rendang daging sedap

Salam uollss..

Breakfast tadi makan nasi kunyit berlaukkan rendang daging. Mak saya la punya plan setiap pagi Jumaat nak masak beria katanya. Jumaat lepas nasi kerabu, hari ni nasi kunyit. Sebab rumah mak, saya dan rumah kakak dekat-dekat, bolehlah nak kongsi tenaga masak. Kali ni mak tanak nasi saya masak rendang daging. Pastu dah bosan jugak asyik rasa rendang sama jer. Then kita gugel resepi. Biasa saya suka resepi dari blog aunty Azie Kitchen. Memang sedap-sedap masakan kalau ikut resepi aunty Azie. Cuma saya olah ikut suka hati saya. Haha. Biasa tak buh jintan dan ketumbar. Kali ni try letak jintan dan ketumbar pulak.

Rendang Daging Sedap

Bahan-bahan:
1 kg daging
6 sudu besar cili kisar
Santan (1 biji nyior)
2 sudu makan kerisik
2-4 helai daun kunyit-hiris halus
Garam, asam gelugur dan gula

Bahan 1:
9 biji bawang merah
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan 2:
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
1 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan (resepi asal guna jintan manis dan putih. Saya tak tau saya guna tu jintan apa. Hahahha)

Cara cara:
Kisar bahan 1. Kemudian kisar bahan 2.

Tumiskan bahan 1 hingga naik bau, then masukkan cili kisar. Masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan 2 dan kacau hingga wangi.


Jangan lupa asam keping, garam dan gula atau apa saja perasa yang korang suka.


Lepastu dah pecah minyak tu bubuh la daging. Gaul skit pastu masukkan air. Sebab saya guna daging import punya lama la nak lembutkan daging tu.


Sebab nak makan breakfast memang saya masak malam la, takut bangun lambat. Haha. Dah siap atas dapur semua sementara tunggu kering dan empuk daging tu kita layan Syurga Yang Kedua. Bila dah hampir kering dan daging dah empuk tutup la api. Tak payah kering sangat takpe, pagi esok nak panaskan lagi.


Yummy. Pagi-pagi mak dah call takut anak dia terlajak tido. Haha. Pastu bawak rendang daging ke rumah mak, tukarkan dengan pulut kuning. Sedapnya. Pekena ngan ikan masin pulak.


Thursday, 1 February 2018

Idea tukar header baru.

Salam uollss..

Kita dah tukar header baru. Header sementara jer. Sebab sebelum ni header kita tu berusia dari zaman mula-mula kerja dulu, zaman bujang trang tang tang lagi. 9 tahun dah kot yer. Tak pernah berganti-ganti header tu. Malu setiap kali bukak blog tengok diri sendiri duk depan cermin tu. Hahahaha.
So buat sementara saya edit dan letak dulu header ni. Cari gambar gugel jer. Adoiii. Tunggu ada idea, ada kelapangan kita edit header yang baru. Dah start busy. Huwaaaaa. Kadang-kadang jela boleh jenguk blog. Nak jalan2 jenguk blog kawan-kawan pon kadang sempat baca je tak sempat komen pape.
Laptop plak tak baiki lagi. Kat opis kena guna monitor lain sebab laptop ni screen dia dah tak ok. Makinla susah nak bukak lappy time kat rumah. Kiki. Oklah done membebel di petang hari. Semoga Allah permudahkan urusan kita seharian yer 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...