Para Pengikut..

Friday, 24 April 2020

Salam ramadan 2020.

Salam uollss..


Salam ramadan. Ramadan kali ni semestinya akan menjadi ingatan dan kisah sedih untuk diceritakan pada anak cucu akan datang. Kita menyambut dalam suasana berperintah kawalan pergerakan. 

Kalau dulu awal-awal ramadan mungkin banyak kenderaan bersusun dilebuh raya. Warga kota pulang ke kampung untuk menyambut ramadan bersama keluarga dikampung.  Kini jalan hening. 

Kalau dulu kita berpusu-pusu di bazar ramadan membeli juadah berbuka yang kadang kala hanya hadir waktu ramadan. Sekarang mungkin hanya perlu order melalui e-bazar.

Kalau dulu kita pasti punya hari tertentu untuk menyambut ramadan diluar-dari semahal-mahal iftar di hotel2 hingga sesederhana berbuka ramai-ramai di dataran. Kini sepanjang ramadan kita akan menyambutnya di rumah sahaja.

Kalau dulu setiap malam kita menghidupkan ramadan dengan berterawih di masjid atau surau, sekarang solat terawih dirumah bersama keluarga atau bersendirian.

Namun ingatlah, dimanapun kita, dalam apa cara sekalipun kita menyambutnya marilah kita hidupkan ramadan dengan perbanyakkan amalan wajib dan sunat. Semoga ramadan tahun ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Aamiin.

Salam ramadan buat semua membaca. 

Wednesday, 1 April 2020

Cara pengurusan wasiat harta pusaka

Salam uollss..

Merancang harta merupakan perkara yang amat penting dan sangat dititikberatkan dalam Islam. Perancangan harta bukan semata-mata untuk menguruskan perbelanjaan sepanjang hidup di dunia, tapi juga meliputi pengurusan harta yang bersistematik untuk menjamin kesejahteraan di akhiat juga. Seringkali kita terdengar berebut harta pun sampai boleh bertikam lidah, bermusuhan sesama adik beradik dan seumpanya. Kerana itu lah kita wajar mengetahui kaedah yang betul untuk menguruskan wasiat harta pusaka.


Orang ramai perlu ada kesedaran akan kepentingan pengurusan harta pusaka. Pemilik harta pula perlu memastikan harta yang ditinggalkan kelak tidak akan menyusahkan dan membebankan waris untuk menguruskannya.

Wasiat perlu digunakan untuk pembahagian harta pusaka kepada waris dan bukan waris serta terhad kepada satu pertiga daripada harta pusaka. Manakala faraid pula merupakan pembahagian harta pusaka khusus untuk waris sahaja.

Hibah sememangnya sangat penting lebih-lebih yang melibatkan mereka yang mempunyai pelbagai jenis harta pusaka seperti hartanah, rumah dan wang.

Pengurusan harta pusaka tanpa wasiat merupakan satu proses yang sangat panjang dan memakan masa. Proses yang panjang ini boleh menjangkau sehingga 3 hingga 5 tahun dan sudah tentu ia menyebabkan kos yang tinggi.

Alhamdulillah setelah khatam membaca aktikel tentang Pengurusan Wasiat Harta Pusaka ini sedikit sebanyak info dapat kita sebarkan kepada yang belum arif dan tahu tentang pengurusan harta dengan cara yang betul.



Senibina rumah banglo 1 tingkat yang cantik

Salam uollss..

Sepanjang RMO ni korang buat apa jer kat rumah. Saya super busy dengan Work From Home. Time stress dengan kerja kita google cari dekorasi dan senibina rumah idaman. Tak salah berangan kan. Hehe. Korang punya rumah idaman macam mana? Saya selalu berangan nak rumah yang ada tanaman segar di hadapan rumah . Bangun pagi buka tingkap terus boleh hirup oksigen dari tumbuhan yang ditanam. Saya jumpa pasal senibina rumah ni yang cantik sangat. Tak terfikir pulak ada design rumah macamni kat Malaysia ni tau. Rumah banglo 1 tingkat 5 bilik tidur 4 bilik air  ni lain dari yang lain tau. 


Rekaan rumah banglo setingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah. Setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard. Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja. 

So privacy sangat kan. Boleh feeling baca surat khabar sambil minum kopi tepi pokok bunga rose. Hehehe.


Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping. Disertakan juga rekaan 'light shelf' pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini. Dengan keluasan 5221 kaki², rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air. Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa. 

So macam dengan rumah idaman korang pulak?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...