Para Pengikut..

Friday, 27 February 2015

Kenduri tahlil.

Salam uollss..

Cuti CNY pegi mana? Hari Jumaat buat tahlil kat umah mak. Kakak,abang,adik yang duk Klang ngan Putrajaya balik. Hari Khamis cuti. So hari Khamis keluar ngan my sis pegi beli barangan untuk kenduri.
 
 
Ayah plan nak gulai ayam kampung, gulai daging, ayam goreng. Ayam kampung tiga ekor je tangkap ayam peliharaan mak je. Anak-anak buah dah besar mengalah dah. Semua dah boleh harap buat kerja. So, senang skit kerja mak sedara uolls kan. Pantau jer. Hakhak.
 
Ayam kampung isi liat skit kan. So, kena rebus dulu. Buang bulu dia, bakar pulak sikit. Tapi ni ayam muda belia. Isi tak keras sangat pon. Sedap. Suka sangat gulai ayam kampung. Ayah kalau anak-anak ramai balik suka la masak gulai ayam kampung. Bertambah-tambah la makan nasi weolls neh. 

 
Nak buang bulu ayam dengan senag kena celur dulu dalam air panas tu. Rebut-rebut anak buah ha. Tak pernah cabut bulu ayam kan. Pengalaman berharga sangat tuh. Heeheee.


 
Peace yoo. Sempat lagi yer.

 
Anak-anak buah lagi. Cepatnya korang membesar yer.

 
Ni budak Aleesha geramnya dia ni...
 
 

Malam Khamis plannya mak mertua datang. Dengan asben dan adik ipar. Pastu adik ipar whatapp cakap ma tak dapat datang. Kena jaga kedai. Huhu. Takpelah. Takde rezeki lagi ma nak datang tido rumah kecik kami. Then ma pulak msj say sorry. Takpe ma. Nanti Kak Long balik sana je okey. Dah itu ceritanya. Tunggu punya tunggu. Asben suruh bersiap terus. Nanti sampai je terus keluar makan.

Bunyi je enjin keta asben terus kita turun. Bukak pintu kereta terus terkedu. Tengok mak mertua tersenyum dalam kereta. Hahaha. Kan dah terkena. Semua pakat duk gelak kan kita. Huwaaa. Kena tipu hidup-hidup la neh jawabnya.

Keluar cari makan. Balik tido terus. Esok nak bergotong royong umah mak pulak.
 
*****
 
Jumaat.

Pagi-pagi dah turun. Macam-macam la kena handle. Blend bawang, goreng ayam, mesin kelapa, sediakan bekas pinggan cawan n sediakan tempat. Fuhhh. Yang tukang masak ayah,mak, abang n ada mak sedara dan jiran sebelah rumah.

Alhamdulilah. Nasi dan lauk ngam-ngam habis. Petang keluar jalan-jalan ngan mil,asben n adik ipar. Dapat sehari pun takpelah. Bukan senang nak culik ma neh. Dah balik rumah, asben pulak pujuk ajak balik Dungun. Adehh. Baik lah asben. Terus pecut. Kita drive keta dengan ma dan adik ipar. Asben ngan sepupu naik keta asben. Dua minggu kot tak balik umah mil.

Okey. Tu jela sembang kosong weekend yang lepas. Daaa..

Wednesday, 25 February 2015

Hari mengidam sedunia.

Salam uollss..

Hari ni memang hari mengidam sedunia eh. Dari pagi lagi mengidam. Mula-mula nak sangat makan nasi minyak Pok Man, ayam goreng kuah sambal. Sedapnya. Datang awal opis semata-mata nak beli nasi minyak. Setengah jam awal okey. Biasa kau thumbprint 8.57am kan. Heheh. Pastu duk ralit buat kerja tengah hari baru makan. Habis kena serang semut. Gigih buang semut sekor-sekor. Harap maklum la kalau ada terlepas sekor dua masuk perut. Muahaha.

Pastu mengidam pulak nak makan bubur jagung. Sedapnya. Kedai sebelah opis je pun. Turun opis bubur belum masak la pulak. Pastu tengok ada opismate kat kedai. Terus kirim diorang belikan. "Make sure korang tunggu bubur masak baru naik opis tau" haha. Apalagi teruslah daku dicop mengidam kan.

Mengidam lah sangat. Ni ha lemak ni yang mengidam bukan saya. Hehehe.

Okey, nak menikmati bubur jagung mabeles tip top jap. Nyumnyum.






Tuesday, 24 February 2015

Mr.DIY di Kuala Terengganu.

Salam uolls..

Mr. Diy ni baru bukak cawangan kat Kuala Terengganu. So aiolls ni suka la masuk kedai macam tu. Eh,bukan saya je la. Korang pun kan. Buat-buat tak ngaku pulak. Pastu mulalah berkenan yang itu, berkenan yang ini.

Hari tu, time lunch hour saya keluar ngan opis mate. Habis lorong saya terjah. Dari kelengkapan dapur, alat tulis sampai lah aksesori kereta. Ni kalau ajak asben mesti teruja sangat neh.

Cantik sangat alas kaki ni. Bulu-bulu bentuk love lagi.



Kali ni beli alat tulis je. Tupun ada yang takde dalam list. Tapi dah rasa ia keperluan beli lah jugak.



Aksesori kereta ada jugak. Ni kalau masuk ngan asben kat pintu kedai dah berpisah. Awak g sana, kita g sini. Nanti siapa siap dulu cari lah. Hehe.



Ikutkan banyak lagi alat tulis lain nak beli. Tapi nafsu semua tu fizah, nafsu. Dan-dan bisik kat diri sendiri kan.



Tak tau apa motif beli notebook hijau ni. Tapi saya suka design kulit dia. Bleh tulis diari kot. Habis yang diari kau 2-3 bijik kat rumah tu apa??Ehehe.



Tak sabar tunggu asben balik nak menerjah lagi. Banyak list bermain di benak fikiran ni. Haha.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...