Para Pengikut..

Thursday, 28 May 2015

Lapar tak bleh blah.

Salam uollss..

Mungkin sebab tak alahan jadi saya asyik lapar je rasa. Pagi kalau dah breakfast kat rumah, dalam kul 10 kang lapar balik. Kadang-kadang saya abaikan je rasa lapar tu. Tak pun minum air masak. Kurangla rasa lapar. Nanti kan kul 12pm memang perut mencucuk gila lapar. Lunch makan awal la. Biasanya tapau nasi berlauk.

Balik kerja karang dalam kereta dah berdondang sayang dah perut neh. Kalau dulu bleh je skip dinner or makan roti biskut ke. Now dah tak bleh. Nak nasi jugak. Balik keje dah lewat, kadang jam 7.00 malam baru sampai rumah. Lepas isyak baru nak start masak. Dan terjadila makan lewat malam. Sampai kadang kul 10.00 malam baru makan nasi. Pastu nak tak nak kena la exercise skit. Nyapu rumah ke, jogging setempat ke. Hehe. Kul 11 dah ngantuk..dulu bleh lah berjaga sampai kul 12.00, kul 1.00 pagi. Sekarang kena paksa diri tido awal, nak bangun awal masak breakfast pulak..

Okey tu je nak membebel..daaaa..
Semoga awak sihat sejahtera kat dalam yer..

Tuesday, 26 May 2015

Suprise birthday gift for u, asben (Entri tertangguh)

Salam uolllsss..
 
Entri yang telah lama terperam kat draf. Selalunya saya menaip kat Bloggeroid jadikan draf. Then bukak lappy baru masukkan gambar. Leceh je nak edit kat hp gambar neh. So, selalu tulis tarikh supaya kita tak lupa. InsyaAllah dijadikan kenangan seusia hidup. Aiollss kan cepat pelupa. Heheeh.
 
******************************************************************************
 
 
17 April 2015/Jumaat
Asben biasanya bertolak dari Dungun jam 5.00 pagi. Dalam 6.00 pagi sampai la. 1 jam je perjalanan. Sampai je rumah saya cakaplah dah ada hadiah untuk birthday dia esok. Siap tanya nak sekarang ke nak jam 12.00 malam nanti. Hahaha. Bila dia cakap tak kisah nak bagi bila terus kita lari masuk bilik. Ambik upt tunjuk kat asben. Dia muka blur2. "eh,apa ni syg,b tak faham neh" sambil sengih-sengih kerang busuk buat-buat tak paham eh.hehe. Terangkan kat asben terus dia ucap syukur, Alhamdulillah.
Bleh plak asben cakap "Tulah yang syg duk nangis-nangis sangat nak tu, Dia tahu la masa yang sesuai nak bagi kat kita" Huwaaaaa..sapa suruh nangis. Kan dah kena perli.
 
Hurm..mula-mula kita plan nak tunjuk clear blue kat asben, tibe-tiba tengok kosong kat screen tu. Haha. Rupanya dia muncul sekejap jer eh. Tak sampai sehari pon. So tunjuk UPT je kat dia, yang clear tu nasib baik kita sempat ambik gambo.
 

18 April 2015/Sabtu
Hari ni asben cuti. Owh. Hari ni besday asben. Tapi takde hadiah eh asben. Ni perkhabaran gembira ni kira hadiah la eh. Hehe. So ajak dia g cek kat klinik. Doc tanya dah cek upt ke. Kita bgtau dah 2x cek upt positif, then cek guna clear blue pregnant. So terus doc scan. Doc cakap dah ada,tapi tak clear sangat. Doc kata mungkin terlalu awal. So dia suh datang 2 minggu lagi.

Asben punyala berjaga-jaga. Nak minum air 100plus pun tak boleh. Nak makan megi sup pun tak boleh. Eh,boleh tapi tak leh buh rempah megi tu. Hurm. Pasni dia tak bagi drive balik umah mil lagi awal-awal ni. Huwaaaa,dahla kita cuti 5 hari minggu depan. Terperap kat umah la jawabnya.

Hope lagi dua minggu nampak tanda-tanda kewujudan awak baby. Mommy can't wait.


25 April 2015/Sabtu

Selepas seminggu...

Asben ambik cuti hari ni. Kesian pulak baru minggu lepas cuti dua hari. Eh,tapi kita tak paksa pun. Dah sukarela nak cuti kan. Pastu alang-alang dia cuti kita ajak la pegi klinik. Tak sabar menyabar. Bukan doc cakap lagi dua minggu ke? Ni baru seminggu. Hehe. Actually kita ada gugel. Ramai mommy cakap pegi scan 7weeks dah nampak kantung. Then kawan-kawan pun cakap macam tu. So pegi klinik yang kawan-kawan kita pegi cek tu. Doc cakap tak payah cek upt la. Dia scan terus. Kejap je doc scan dah nampak da. Cepat-cepat asben jenguk tengok. Hehe. Kita pun tak nampak jelas sangat sebenarnya. Takpela asalkan doc dah confirmkan awak wujud dalam rahim mommy, barulah mommy rasa lega. Huhu. Doc cakap mesin scan klinik dia tak canggih sangat. Tapi dia tetap bersungguh nak print. Tq doc. Scan je la, coz asid folic da dapat minggu lepas..

Hope awak sihat-sihat aje yer baby. Semoga membesar bak wira!!
 
 
 

Sunday, 24 May 2015

Pelan-pelan kayuh

Salam uollss..
 
 
Hurm..penat tak hilang lagi. Sakit belakang, lenguh bahu. Awal-awal dah masuk tidur penat n letih sangat. Bila entah nak habis kemas neh. Semalam pegi rumah sewa lama. Ambik saki-baki barang yang masih ada then nyapu semua bagi clear skit terus serah kunci kat tuan rumah. Settle dah rumah sewa lama.
 
Rumah baru ni pon tinggal nak kemaskan barang-barang kat dapur dan sikit lagi barang-barang macam-macam. Kali ni takde nak simpan-simpan jadikan kenangan dah. Menyemak jer. Kira buang terus mana yang tak guna. Heee.
 
Ni gambo malam Khamis kot eh. Masa barang semua sampai. Ambik, semua nak sumbat dalam bakul, dalam beg, paper beg, storage box tu sampai dua orang kena angkat. Apa ntah berat sangat. Heheh.
 
 

 
Malam Khamis tu asben ngan sepupu tido lewat. Dah subuh tu tak tido lagi. Apa ntah dibuatnya. Bangun tido tengok tv dah settle pasang semua. Dapat lah layan Upin Ipin sambil kemas baju. Haha.

 
Malam Jumaat asben ajak keluar makan kat luar. Ajak anak buah n adik sekali yang banyak tolong saya dari petang Khamis lagi kat rumah sewa lama tuh. Thanks asben.

 
Hari Sabtu ajak adik keluar pegi pasar raya penuhkan stok rumah kita n rumah mak yang dah habis.

 
Hari ni dah start kerja. Adus, ni sempat ke tak nak kemas kan semua barang nih. Jumaat ni mak mertua ngan adik-adik ipar datang haruslah kena clear skit mana yang berlonggok-longgok tuh.
 
Chaiyok-chaiyokkkk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...