Para Pengikut..

Monday, 16 November 2015

Balik rumah mertua.

Salam uollss..
 
Entri takde gambo pon. Saja nak sembang-sembang kosong jer neh.
 
Hari ni tak nampak matahari pun lagi. Hujan je kejap lebat kejap renyai-renyai dari pagi tadi. Nampaknya jemur baju dalam rumah lah kita. Jumaat asben tak balik becoz ada kerja ngan ayah. Sedihnya. Maklumlah nasib orang berpjj. Harap weekend je la dapat jumpa asben. Then malam Jumaat tu asben call. Kita bagitahu la Ahad kita cuti. Eh, rasa macam dah bagitahu je dia ritu. Lupa la tuh.
 
 
Lepas sembang tu, tak sampai 10 minit dia call balik. "Syg kemas baju semua, b datang ambik balik rumah ma eh". Kikiki. Ni mesti bagitahu ma saya cuti Ahad dan-dan ma suruh datang culik saya. Hahaha. Terus kemas baju dengan gumbira. Tunggu punya tunggu kul 11.00 malam baru sampai. Malam tu jugak balik Dungun. Wah..lamanya tak balik. Huhu. Rindu sangat suasana riuh rendah rumah mertua even tak ramai pon ahlinya. Rindu jugak dengar luahan citer mak mertua. Hehe. Dapat jugak jumpa anak buah yang bambam sangat tuh.
 
 
Bila cakap pasal makanan je mesti ma tanya "kak long nak makan ke?" hehe. Takut menantu dia mengidam kan. Cuma dapat la makan jering rebus. Hari tu penah jugak terasa nak makan. Tapi takdelah membuak-buak sangat. Kebetulan balik tu ma duk sembang pasal jering rebus. Kitapun cakap lama tak makan jering rebus. Esoknya terus suruh adik ipar pegi beli. Nasib baik ada jual kat pasar. Heee. Makan pon dua keping jer. So kita pun tak rasa sangat istilah mengidam sangat tu. Odw balik Dungun lalu kat area orang jual jagung-jagung tu asben tanya jugak, "syg tak nak makan jagung ke?" "tak nak" "takde rasa nak makan jagung eh" "tak nak". Eishhh. macam dah kena paksa mengidam nak makan jagung la plak.
 
 
Malam tadi asben hantar balik rumah. Kejap je dapat spend time dengan in law semua. Pasni tak tau bila jumpa. Ntah-ntah jumpa masa nak beranak nanti. Dulu tiap kali weekend kita la selalu balik umah mertua. Sejak tau preggy je memang asben tak bagi drive sorang-sorang. So nak balik tunggu dia datang ambik-hantar la. Kesian pulak. Huhu.
 
 
Btw tengkiu famili mertua. Buat dua hari saya riuh rendah, penuh gelak ketawa. Sakit perut dibuatnya..

8 comments:

  1. Syukur Alhamdulilllah..walaupon awk ber pjj..baby awk masih lagi dapat merasai belaian bapa sejak dari dalam perut lagi.. teringat lak kat dak faiz. Dah 10 thn..Semoga terus diberi kekuatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah awak. Perjalanan kita masih jauh. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Ceewahhhh.Semoga kita diberi ketabahan hati dalam menempuh hidup ini awak.

      Delete
    2. betul tu awk..Perjalanan hidup masih jauh..kite tak tau apa yang menanti di hujungnya...semoga hari yang mendatang indah2 dan sentiasa dihiasi pelangi..:)

      Delete
  2. Kuat semangat kalau org berpjj ni. Kagum

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol2 awak..kena kental la.wuuuu...

      Delete
  3. seronok nyer :)
    aida x pernah makan jering rebus.
    mil aida sgt suka. makan dgn kelapa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee..cini banyak pokok jering kot.dats y senang nak dapat.heee..

      Delete
  4. TErima kasih telah berbagi info tentang rumah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...