Para Pengikut..

Thursday, 9 March 2017

5 tahun sudah ๐Ÿ˜˜

Salam uollss..

Hari ni 9Mac. Masa ni lima tahun yang lalu saya tengah duk nebes tunggu malam ni. Tunggu diijabkabulkan dengan lelaki bernama Zulriduwan. Ceewah. Skema betol.


Alhamdulilah lima tahun berlalu. Orang cakap 5 tahun ni fasa pertama perkahwinan penuh liku-liku kan. Yeah. Semestinya. Malas nak story cini yang penting alhamdulillah syukur sangat dikurniakan seorang suami sebaik dia. Terima kasih allah. Gaduh kecik tu biasalah cuma jangan lah ego sangat. Kalau suami ego kitalah banyak mengalah. Kalau tak sampai bila tak sudah. Nasib baik ai jenis yang cool, penyabar, positif. Haha. Masuk bakul angkat sendiri jap. 

Alhamdulillah jugak dengan kehadiran Daniel makin bertambah melengkapkan keluarga kecik kami. Wei ada jugak yer wish mintak adik Daniel. Senang betul ahkak yer. Ingat boleh uli2 macam buat kek ke. Haha.

Terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraan kami. Semoga allah membalasnya buat kalian jugak. Semoga allah panjangkan jodoh perkahwinan kami sampai akhir hayat kami. Aamiin.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...