Entri nak post malam tadi. Tapi seperti biasa ketiduran. Kalaulah entri ni pandai berdikari mesti dia dh post diri sendiri. Hehe.
Hari ni seseorang telah membuatkan hati saya menggelegak. Errrghhh. Ok. Lupakan dia seketika.
Hari ni baru rasa lega sedikit untuk menaip panjang lebar. Kerana laptop ini dipercayai tidak mati mengejut. Bukan macam sebelum ini. Baru menaip 4 baris tiba-tiba mati. Terus fed up untuk mengepost entri. Tapi tidak lagi kali ini.
Ya. 2-3 minggu sebelumnya agak sibuk la saya. Sibuk bukan kerana banyak kerja tapi kerana kealpaan saya, suka menangguh kerja. Kerana itu pak guard terus cam saya. "Hari ni balik malam lagi ke? ke tido sini?". Ok. Pagi-pagi datang kerja disambut dengan pertanyaan itu. Tergelak kecil. "Hari ni pukul 5 balik pak cik"
Namun disebalik kesibukan, kekusutan, ketensenan itu datang rezeki buat saya. Alhamdulillah. Tuhan itu Maha Kaya. Semoga saya dikurniakan akal berpanjangan untuk menggunakan rezeki kurniaannya kejalan yang benar. Amin.
Semalam saya belikan handphone untuk adik. Memandangkan telefon rumah macam dah nak uzur tak berapa nak dengar dengan jelas suara di hujung sana, terus buat keputusan belikan adik sebijik hp. Menggantikan handphonenya yang rosak. Senangla sikit anak-anak nak tanya khabar berita mak ayah di kampung.
Tapi balik rumah tengok handphone tu tak nampak tulisan pada skrin. Inilah baru dikatakan 'telefon cap ayam'. Petang jugak pergi tukar handphone. Tapi salesgirl itu pulak buat saya menggelegak suruh saya masuk bandar tukar hp kat cawangan kedai dia kat sana. Hei!! Ok. Sabar lagi. Yer. Esok je la selesaikan agenda ini.
Sebelum tukar handphone, saya ke Dynabyte. Kedai jual menda alah tentang komputer. Ditemani en.apis yang telah booking lappy saya, juga cik yatie peneman setia saya. Mekaseh kawan-kawan.Yeye. Dapat lappy baru. Otomatik saya jual yang lama. Hanya kenangan yang tinggal bersama ia. Terima kasih kerana pernah berjasa pada saya. Ceewah.
Lagi satu, owhh. Mungkin semua akan terkejut. Saya telah mendapat sekor ibu kambing yang sedang bunting menjadi milik saya. Perlukah bagi ia nama? Dulu dia penah melahirkan anak tapi mati. Macam si kambing ni tak reti sangat jaga anak dia. Jadi harap kelahiran anak dia kali ini hidup dan membesar dengan sihat. Amin.
Bye.
No comments:
Post a Comment