Para Pengikut..

Sunday 11 December 2011

Cadar pengantin corak atau plain?

Salam uolls.

Tadi saya dan mak ke rumah jiran sebelah rumah. Beliau ada sorang kawan jahit cadar. Jadi kawan beliau ni suruh promote la cadar. Ingatkan cadar plain color. Rupanya cadar corak. Corak bunga. Tapi masa pergi tadi tak banyak choice pun. Warna untuk tema saya pun takde. Tapi boleh jer nak tempah. Then kalau dah siap tiba-tiba tak berkenan pulak dengan corak tuh boleh je cancel. Sebab kawan jiran saya neh memang jahit banyak cadar dan sambutan sangat menggalakkan. So, kalau ada yang cancel ramai jer orang lain yang beli. Beliau jahit pun sekejap sebab ada tiga orang pekerja. Wahhh. (kau bajet sekejap macam 2-3 jam kan)

Ketika dalam perjalanan ke rumah jiran :
"Mak, kalau ada yang berkenan nak beli cash terus ke?"( sebab jiran cakap boleh bayar ansuran)
"Beli la. Mak nak belanja. Hadiah kahwin"

Muahaha. Mak. Seyes mak sangat sweet. Comel pun milik mak jugak. Mak baik hati, mak rajin, mak sweet, mak comel, mak baik hati (eh, macam dah sebut jer tadi. Orang memberi kita memuji. Thehee).Mekasih mak. Awal-awal dah dapat hadiah. Orang baru ingat nak mintak hadiah peti sejuk ke, mesin basuh ke(demand). Tak pasal-pasal mak tarik balik hadiah cadar.

Cuma sekarang nak pilih warna la. Sebab planning nak tema pink+blue jadi kalau boleh nk cadar warna pink atau biru la. Ataupun campur. Cuma saya berkenan sangat cadar color plain. Tapi mak dah nasihat awal-awal. "Ada corak ke takdop corak ke sama jer. Kalau nak beli tu biarlah kita boleh guna sampai bila-bila. Jangan beli guna sekali kemudian simpan sebab sayang nak guna. Kalau macam tu baik sewa jer"

Ok. Menurut perintah. Jadi cadar kami cadar corak bunga-bunga. Kelass you. Tak payah tabur kelopak rose. Cadar dah penuh degan kelopak bunga dah. Muahahaha.

Suka kaler purple ni. Apakan daya tema saya bukan purple. Takkan nak tukar tema semata-mata kerana cadar. oh. Sangat sadis kalau begitu.


Yang ni pun santek. Ibarat kata suami jiran. "Semua santek. Dah baru kan. Memang la santek" Muahaha. Cuma dalam gambar nampak pink. Sebenarnya warna merah. Jadi juga tak kena dengan tema.

Eksaited nak menerjah rumah empunya penjahit cadar. Tentu lagi banyak pilihan corak. Yang pasti harganya murah. Tak sampai RM300 untuk satu set. I loike.










3 comments:

  1. Uisk cantik la tu iza. Munge2. Saya nye cadar pun motif munge gak. Pink kaler. Based kaler brown. Tapi iza dapat bawah rm300 kira SANGAT MURAH hehe saya nye rm300+ after discount

    ReplyDelete
  2. fatin : tyla yg.i pon sebenarnya.tp dah ada yg corak guna je la.=)

    zimie : hee..murah ke zimie.sy pun tak tahu standard harga cadar ni berapa.mybe sbb org kampung yg buat jadi murah la skit kot.=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...