Para Pengikut..

Monday 2 July 2012

Menghabiskan sisa Jun 2012.


Salam uolls.

Tiga hari cuti. Heaven. Sebab en.beliau ada depan mata. Boleh berebut cermin dalam bilik. Boleh buat air Nescafe untuk beliau. Boleh hidang nasi untuk beliau. Boleh masak untuk beliau. Ok. Baik. Saya berhenti sekarang sebelum korang cakap saya mengada-ngada.

Tapi serius. Mungkin yang mengalami nasib berPJJ macam saya jugak akan rasa sungguh tak best bila en.suami tiada berhampiran. Rasa macam kosong kan. Rasa macam beliau dah bawak sekali semangat saya. Jadi jangan heran lah kalau nampak saya macam orang yang takde semangat jer. Wuwuwuu. OVERnyaaaa!!!

Tapi weekend ni semangat saya muncul semula. Nasib baik en.beliau balik dengan membawa sekali semangat saya. Mula-mula dengan semangatnya serahkan kad nikah kat en.beliau. Dah berbuih mulut beliau sebenarnya suruh saya ambil kad tu kat pejabat agama. Maklumlah isteri super duper sibuk *konon* nak ambik kad tu. Akhirnya terlangsai hutang. Jadi tak takut sangat kalau nak check in kemana-mana dengan adanya bukti itu.Pheewiitt. Jangan main-main korang. Macam artis Syarifah Zarina Langit ke7 tu. Berdua-duaan dengan suami kat hotel pun kena tangkap basah. Haru betul.


Nah. Satu untuk awak, satu untuk saya. Pasni kalau ada mamat over ramah tegur jawab jer macam ni “Nak berkenalan eh bang. Ini kad saya. Ada sekeping jer. Kalau abang nak saya potostat la” sambil tunjuk kad nikah bangga. ^____^

Macam biasa lah. Aktiviti wajib kalau en.beliau datang Terengganu adalah memenuhi isi perut kegemaran en.beliau. Kay-ep-cee a.k.a KFC. Meminat tegar ayam goreng. Saya lebih prefer McD sebab i kan peminat tegar Spicy Chicken Mc Deluxe. Tapi ikut je la selera beliau kan. Ada Flaming Crunch. Tapi tengok kondisi ayam tu takdelah flaming crunch sangat seperti visual tu. Tapi best la jugak. Rasa kruk-kruk je*rangup*


Ofcoz ada jugak Cheezy wedges. Kegemaran kami berdua. Nyummm.


Sebab dah nekad nak elak minum air bergas jadik saya order milo ais. Semoga jiwa kental untuk mendisiplinkan diri.


Sengaja-kan awak zoom gambar air coke tu nak bagi air liuq saya meleleh. Huaaaa. Ok. Milo ais lagi bessssttt.

 Yippie. Muka dah makin bulat. Sila jangan salahkan saya.

******
Kemudian dah makan makanan omputih kita ke makanan melayu pulak. (ini cerita keesokan harinya)


Kedai makan Pok Awang. Diperkenalkan oleh adik-adik saya (rujuk entri ini). Ada ikan celup tepung, sotong celup tepung, udang celup tepung dan makanan bergoreng lain. Keropok sini best *promote*

Minum air nyior. Eh, ABC pun best kat sini tau.

Kitorang order keropok dua ringgit plus sotong celup tepung tiga ringgit. Saya tak boleh makan udang. So, baik tak payah beli nanti kang saya terliur tengok awak makan sampai udang pun masuk mimpi.




******

Ok. Last. Suasana yang sering kelihatan bila en.beliau ada. Isteri akan siap dulu masa tu suami baru nak pacakkan rambut. Bersiap mengalahkan pompuan tau. Bye!!



P/S : Saya harap suatu hari nanti tulisan-tulisan saya akan jadi semangat awak bila saya dah tiada =)



5 comments:

  1. ku terasa ingin khwen jugakkkk!!
    hahhaahahaha..:D

    ReplyDelete
  2. bila suami ada depan mata macam xnak lepas kan..huhu....sdih ingt pg td nk balik kl,..tinggalkan hubby tgh syok tidor...=(

    ReplyDelete
  3. asma : apa ditunggu lagi sayam!!

    hani : huhu.tau xpe yang..sama2 lah kita bersabar yerk =)

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:43 pm

    weekend yg sgt padat..huhu

    ReplyDelete
  5. sis : tahu xpe.padat la jugak wak..tp ada jugak masa duk lepak2 sembang ngan mak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...