Para Pengikut..

Sunday, 27 January 2013

Hujung Minggu ke-3

Salam uollss..

Maapkan empunya blog yer. Asal hujung minggu jer nak up entri kan. Maklumlah hari-hari yang saya lalui sama je takde perkara yang menarik sangat pun. Just hujung minggu je la kalau ada aktiviti yang len sikit dari kebiasaan kan. Ofkos la aktiviti yang kelainan tu adalah masak dan makan kan. Selamat menggemuk dengan jayanya larh.



Sape tak kenal tu daun apa? Ko tak kenal baik pegi jauh-jauh duk Uganda sana. Daun pandan ambik kat rumah mak. Dah tahu rumah takde laman gedik nak jugak tanam pokok pandan. Sudahnya kita taruk dalam bekas berair yer. Dah seminggu dah masih subur lagi. So, mari kita buat eksperimen sampai berapa hari pokok pandan tu mampu bertahan hanya dengan air dan matahari.

Kemudian en.beliau rekues nak makan pudding gula hangus. Lama dah dia duk sebut-sebut. Tapi sebab saya asyik lupa beli esen vanilla, so hari Khamis turun beli esen vanilla kat kedai runcit bawah. Owhh. Seyes semua barang kedai mak cik mahal la mak cik. Mee kuning kat Pasaraya Sabasun cuma harga RM0.99. Kedai mak cik RM1.50. Brand sama pulek tuh. Tapi nak buat macam mana. Tak kan nak beli sebungkus mee kuning sampai perlu hidupkan enjin pegi Pasaraya Sabasun. Saya dah bajet nak beli 4-5 jenis barang dalam RM7 je saya kira. Tup-tup dekat RM9. Takpelah mak cik. Rezeki mak cik la tuh.

Ok. Saya takde steamer pun. Tapi masa kawin dapat periuk letrik yang dapat sekali alat steamer. Sebenarnya masa baru-baru pindah saya bawak periuk letrik besar tuh. Plan boleh masak nasi plus kukus apa-apa. Kemudian rasa macam ‘eh, nak masak nasi 2 pot pun pakai periuk besau tu. Buat penat cuci periuk je’. Kemudian balik rumah mak ambik periuk yang junior sikit. Alhamdulillah masa kawin dapat banyak periuk nasi. Kawan-kawan opismate yang bagi kot. Kan. Kan. Kan. Mekasih korang.


Itulah. Atas tu adalah steamer. Yes. Material plastik. Tak reti sangat pun nak kukus pakai periuk letrik neh kan. Tapi hentam jela. Asalkan masak dan sedap. Ngehngeh.

Saya try guna 3 biji telur jer. Takut melimpah pulak loyang tuh. Ehem. Loyang RM2 beli kedai Dua Ringgit. Tupun nak bagitahu eh. Yelah. Dengan loyang harga RM2 pun mampu membikin pudding gula hangus taw. Tak perlu beli yang mahal-mahal. Eh. Gambar Loyang takdelah.

Ingatkan penuhlah loyang rupanya tak penuh pun, separuh loyang je. So, paham-paham je la bila tengok pudding saya nipis jer. Ingatkan tak nak buat banyak-banyak takut tak habis. Rupanya tak cukup. En.beliau tak makan nasi waktu malam sekarang. So makan pudding banyaklah sebab lapar. Fine. Lepas tu sebelum tido kukus sekali lagi. Kalah orang buat bisnes pudding. Fuhh!!kibas-kibas rambut.

Comot gilew kan. Haha. Lantaklah. Walaupun rupamu sangat comot dan tak kemas langsung kamu tetap direbut sampai licin. Hehe..



Dua kali buat pudding neh so dah tau sukatan yang betul untuk saiz loyang. Next time saya akan buat tebal sikit. Entah bila next time tu kan.



*********


Hari Khamis Maulidur Rasul pergi habiskan masa di rumah mak. So hari Jumaat masa untuk habiskan masa di dapur sendiri. En.beliau dah mula jeles dengan dapur umah. Hehe. Trademark ‘dapur adalah segala-galanya bagi saya’. Ecehh. Macam la dapur kau serba-serbi ada kan. Padahal serba-serbi tak cukup. Nak buat kuah kari pun turun beli rempah ratus kat bawah. Fine. ^____^

Petang Jumaat itu..

Adik pulak call bagitau bubur lambuk dah masak. Tapi saya rasa macam tak larat nak drive. En.beliau pulak keluar. Takde driver la jawabnya kan. Sebab batuk tak henti-henti sampai lenguh satu badan. Over betul batuk neh. Jadi saya cakap makan la habis pun bubur lambuk tu coz tak larat nak balik. Ehem..Tapi masih larat menari-nari di dapur. Sebenarnya dalam kepala menerawang bubur lambuk enak masakan mak, letak cili yang ditumbuk hancur. Bagi pedas sikit kan. Nyumnyum..
Kemudian msj en.beliau tanya dia kat mana. Dia cakap ada kat bengkel. So, msj dia suh carikan saya limau nipis. Sebab ubat batuk saya adalah perahan limau nipis + garam. Korang try la. Berhasil tau.
‘Ok. Nanti singgah ambik limau umah mak la eh’(msj diubahsuai sikit)
Yeay. Senyum pada msj yang dibalas. Dengan harapan dapat rasa bubur lambuk mak. Harap mak bekalkan bubur lambuk bagi menantu dia untuk anak dia yang mengidam. Ehem. Mengidam nak gemuk la kan.
Dengar en.beliau bagi salam. Terus terkam pintu dan tangan dihulur plastik berisi tupperware berisi bubur lambuk. Yeayyy.. Heaven betul...
Mekasih mak. Siap add on cili sekali. Sebab tahu saya suka makan taruk cili bagi pedas sikit. En.beliau dah makan kat rumah mak. So, saya makan sorang-sorang.

Bubur lambuk + Cili ditumbuk + Tea o panas = Nyummnyummy..



3 comments:

  1. sedapnye...nk try la mkn dgn lada tumbuk...

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:06 pm

    waaa..sdpnye bubur lambuk mak.x sabar nak menjejak kaki kt tj...

    ReplyDelete
  3. Sis Ina : sedap kak.cubalah!

    Puan anon : hehe.nnti blk buat la deh =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...