Para Pengikut..

Klik Me =)

Wednesday, 2 January 2013

New year, new life, new environment..

Salam uollls..

Alhamdulillah. Sesungguhnya Tuhan adalah sebaik-baik perancang.

Hari tu sebelum kahwin lagi pernah merancang pasal kehidupan lepas kahwin. Masa tu en.beliau masih bekerja di Dungun. Jadi sebab saya kerja di Kuala Terengganu jadi kami rancang untuk menyewa rumah di antara Dungun-Kuala Terengganu. Mungkin di Marang.

Kemudian sebulan lepas kahwin en.beliau bekerja di Kuantan. Lalu masa tu terus musnahkan segala perancangan yang di buat. Masa tu terus tak nak fikir apa-apa pasal rumah. Dan saya menetap bersama keluarga. Dan kami biarkan masa-masa PJJ berlalu begitu saja tanpa sebarang perancangan.

Tanpa disangka-sangka September membawa khabar gembira buat kami. En.beliau dah berjaya pindah kerja ke Kuala Terengganu. Jadi gudbye to PJJ.

Kami menetap di rumah famili saya. Tapi yelah. Sampai bila nak duk dengan famili kan. Nak jugak rasa hidup berdikari sendiri.

Merata tempat mencari rumah sewa yang selesa, yang dekat dengan tempat kerja beliau dan saya. Akhirnya jumpa jugak. Walaupun rumah ni adalah pilihan kedua tapi bersyukur jugak sebab sekurang-kurangnya dapat rumah kan.

Tadi keluar survey barang-barang elektrik plus keperluan rumah. List utama adalah mesin basuh, peti sejuk dan TV. Mak aihhh. Beriban-riban jugakla jawabnya. Tu tak masuk lagi rak tv, meja makan, sofa, rak kasut,tong gas, peralatan lain-lain-pinggan, sudu, lesung batu, kuali, baldi, besen, tikar, karpet, pasu bunga..oiiioiiioiii. Ni nak masuk rumah sewa ke rumah sendirikkk???


Ni la gaya laki mak nak. Yang tak masuk dalam list pulak di tanya macam-macam. Satu jam kot kat kedai elektrik tu. Sabo jer la..

Malam ni nak pegi mengemop umah sewa. Daaaaa...

4 comments:

  1. jijah masa pindah baru2 tu pon banyak pakai duit.. skrg tengah myimpan nak beli peti ais... mudah2an tercapai la beli peti ais bulan ni.. setiap bulan beli lah 1 brg.. lama2 t penuh la..hee

    ReplyDelete
  2. rumah sewa kat mana ? x sabar nak ngetest rumah sewa dia haha..

    nati upload gambar rumah sewa ok

    ReplyDelete
  3. jijah : tula jijah..xpe..sikit2 lama2 jadi bukit =)

    ReplyDelete
  4. HH : kt seberang takir.nti hang balik bleh la dtg umah aku..ape hang ingat umah aku mesin nak ngetest2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...