Para Pengikut..

Sunday, 26 May 2013

Marilah membulatkan muka memasing.

Salam uollsss.

Eh. Siapakah gerangan gadis yang menempek dalam entri saya neh.. Hakhak. Terus blog tak ngaku tuan sebab tak cam muka. Tulah. Siapa suruh membulat dengan jayanya kan.#Pasrahhh.

Ok. Mari mulakan aktiviti membulatkan muka pada hari Rabu. Malam Rabu tu saya masak nasi air. Plan nak puasa keesokan harinya. Nasi air macam saya masak YANG INI. Tapi hari tu nasi tu saya masak dalam periuk elektrik sebab malas kan. Pastu Chef Ewan tu komen katanya lebih sedap kalau masak atas dapur gas kan. okeh. Menurut perintah. Kali ni masak atas dapur gas lah. Eh, tapi makan dengan laju. Gambar pun tak snap. Hiks...

Hari khamis puasa. Mula-mula plan nak terjah pasar malam. Terasa nak makan nasi kerabu lah. Letak jeruk bawang putih. Sedapnyerlah haiiii. Eh, tapi bila memikirkan kat dapur tu sup nasi air malam tadi masih ada jadi en.beliau cakap tak payah bazir-bazir lah. kita tanak nasi jer makan dengan sup. Okey. Aiollss ok jer. Aiolss tak kan lari masuk dalam batu belah batu terlangkup pun sebab tak bleh makan nasi kerabu kan.

Sup kaki ayam. Suka kalau buh kaki ayam ni. Dia punya rasa lain sket kan berbanding buh daging ayam. Hee. Sebab tu suka beli ayam sekor-sekor. 

Telur dadar. Malas dah nak tambah menu masakan sayur kan. Jadi campur je sayur dalam telur dadar. Senang cherita aiollss.

 Sambal. Pun dari nasi air malam tadi.

Nak goreng ayam upin ipin tu takut lama la pulak. Kang tak sempat nak tunggu azan pulak kan. Jadi kita buat ayam goreng kunyit jer. Tapi kali ni campur serbut kari. So namanya jadi ayam goreng kunyit kari. Boleyy? Owhh. Lupa. Sepatutnya tambah sekali daun kari kan.

Alhamdulillah kenyang untuk malam Khamis.

JUMAAT

Hari Jumaat pulak dah plan nak pegi kenduri kat kampung mak. So, masak dulu siap-siap sebab en.beliau tak nak ikut. Lama dah tak makan nasi lemak masakan sendiri kan.
Ikan bilis kena goreng asing. En.beliau tak suka ikan bilis mentah macam tu duk dalam masakan. Ok. Fine. Kita goreng garing letak asing yer.

Pastu masak sambal kosong jer. Buh jugak ikan bilis sikit. Tapi tumbuk sampai hancur supaya beliau tak rasa seekor ikan bilis dalam tuh.

Dah makan kenyang tengahhari tu balik rumah mak pegi kenduri jiran sekampung. Petang makan ringan-ringan kat rumah mak. Malam tu pulak makan Stemboat Restoren makan Sekak Sekak Nok.

SABTU

Mula-mula plan nak balik rumah mak. Tak puas lagi bergosip dengan my sis yang balik dari Putrajaya. Tapi en.beliau pagi-pagi lagi dah keluar kerja. Waaaa... Takpelah. Boleh aiolllss berehat dan kemas-kemas apa yang patut kan. Tengah hari dia cakap nak balik rumah makan nasi. Jom bff, kita dating yuk.

Sambal ayam. Perasan tak takde pun menu ikan kan. Rasanya dah tiga minggu tak beli ikan kot. Kadang-kadang beli ikan ni sampai ikan jadik mata zombie pon still ada dalam peti ais. Sampai dah tak rasa kemanisan isi ikan. Jarang lah beli ikan. Dalam sebulan tu sekali je beli ikan. Selebihnya beli ayam, udang atau sotong yang boleh letak dalam pelbagai masakan kan.

Sambal kicap. Ini pun feveret en.beliau. Kalau malas nak tumbuk sambal lada tu kicap ni la jadi bahan gantinya.

Konpemlah. Kalau ada hati ayam, pedal mesti nak goreng dengan sayur kan.

Ikan jeruk. Ada orang panggil ikan masin kan. Kami kat sini panggil ikan jeruk. Ikan jeruk ni bezanya ia tak dijemur pun. Jadi isinya lembik gituew. Goreng garing pastu perah asam limau. Rasa masam-masam-masin skit.

Malam pulak buat meehun sup. Eh, en.beliau cakap kureng suka makan meehun sup neh. Tapi bertambah jugak dua mangkuk kan. Nasib baik aiollss masak banyak tau. Ingatkan nak masak untuk diri sendiri jer.

Hakhak.




4 comments:

  1. blog nie dh bertukar ke blog msak2 kan hakhak

    ReplyDelete
  2. HH : Haha. Rojak je lah.

    ReplyDelete
  3. KakCik : Takdok la pandai sangat pong kakcik wei..masok simple2 je tu. Kakcik pon boleyyy..heee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...