Para Pengikut..

Klik Me =)

Tuesday, 24 June 2014

Jogging di suatu pagi yang dingin (tak bleh blah punya tajuk)

Salam uollss.
Plan nak jog sebenarnya dah lama didiskus di opis. Tapi saya ni la yang diskus dimulut je. Pasal sport shoes takde. Pastu sampai ke sudahla tak jog pun. Berat naik bertubi-tubi. Even orang cakap awk kurus la, saya lagi gemuk tau. Tapi badan saya ni saya la yang rasa kan. Bila naik penimbang jer mesti jarum bergerak. Arghhhh stress kak jah. Bila tanya asben dia pulak mengiyakan (pasal diri ini makin berisi) bertambahlah rasa membuak-buak nak diet. Konon. Haha. 

Saya bukan jenis makan banyak. Sama je macam bujang dulu jugak. Dulu lagi lah makan umah mak siap tambah-tambah lagi. Tapi saya syak sejak duk umah sewa la. Umah sewa ni saya rileks skit la. Dulu umah mak ramai orang. Start saya masak kemudian siap makan lama jugak duk dapur berdiri basuh pinggan. Kemas dapur lagi. Lap situ sini. Now duk umah sewa berdua ngan anak buah apa sangat nak dibuat. Siap makan basuh pinggan dua-tiga bijik kemudian santai-santai tengok tv. Yahh,itulah sebenarnya punca keberisian ini. 

Kemudian kebetulan dis weekend balik umah fil. Duk sembang ngan fil via whatapp tetiba terlintas "jom jogging!" adik ipar semua setuju. Mil pun nak join. Semangat la saya pegi kedai cari kasut. Beli yang murah-murah je pun. Kat PasarayaKu RM23.90 pun nak bagitahu harga dah kenapa. Haha. Takpela murah pun. Asalkan selesa. Asalkan ada sport shoes. Selagi tak ada selagi tu kau sayang lemak-lemak tu kan. 


Pagi bangun awal-awal. Dalam jam 7 jugak turun ke taman. Takde sorang pun lagi jog. Matahari pon malu-malu lagi ni. Best sangat. Even penat tapi coz ada geng tak la bosan sangat. 


Jog kejap pastu berenti. Sian ma. Ma kata lama sangat dah tak jog. Tak leh laju-laju kang semput ma. Hehee. Berenti take five kejap. Bhahaha. Ada jugak eh take five.

Eh, ni take five ke take ten ni. Siap bukak meeting tingkap pulak neh. Tak boleh jadi. Baru satu round peluh pon tak keluar lagi neh. Hehe.


Pastu asal kal long nak selfie ada je nyibuk kat belakang kan. Rosak tau gambo selfie aii. HEhehe.


Ok. Jom sambung lagi. Kat taman ni best. Ada tempat stop nak fit kan badan. Macam-macam jenis ada. Tapi seksa skit la nak baring tempat-tempat public cenggini.




Dua kali percubaan untuk saya bergayut kat situ tak berjaga. Konon lepas dua round jogging badan dah ringan skit boleh lah nak bergayut. Dengan konfident lagi bagitau masa kecik-kecik dulu kak long biasalah panjat rambutan. Ambik ko. Bergayut kat satu palang tu je, masuk palang kedua bergedebuk jatuh. Kahkahkah.

 
Uikhsss, apesal adik laju sangat kat depan tu. orang jalan, jogging bukan lumba lari la dik.
 


Cukup 5 round, peluh pun dah tak segan silu keluar. Barulah kitorang berenti. Rehat-rehat dulu sejukkan badan. Adik duk main kat playground. Kitorang lepak-lepak tengok gelagat orang jogging.



Alalala. Apesal suwet sangat ma mertua aiolls siap peace lagi. Kekeke.



Then balik umah. Singgah beli kuih-muih. Teringin nak makan nasi pulut ni ha. Terbaik la. Lemak yang hilang tadi kembali datang dengan eksaitednya. Bhahaha.


2 comments:

  1. Hadoi, da joging paih tu mkn pulut pulak. Alah, taklah berisi pun. Biase je kak. :)

    ReplyDelete
  2. ana : hehe.nampak je tak berisi. tapi berat ni asyik bertambah je adik.hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...