Para Pengikut..

Thursday 30 October 2014

Kenduri sepupu sepapat.

Salam uollss..

Hari tu pergi kenduri anak sepupu asben kat Kemaman. Pegi dua buah kereta. Akad nikah malam Khamis saya tak pegi pon. So hari kenduri of kos la kena datang awal-awal pagi. Heee. Bukan nak tolong pon, tolong menyibuk jer. Diorang surimahtangga kat taman tu semua pakat tolong da. So, kami anak beranak kemari-kesinun je buat-buat sibuk. Haha.


Dalam kereta jom kita selfie, wefie dulu. Yang belakang dua orang adik ipar la. Eh, ada kisah di sebalik shawl brown aiolls pakai tu. Sebenarnya bawak balik dress tu takde tudung nak pakai. Pastu konon nak ajak la asben terjah kedai beli shawl.

Balik rumah adik ipar tunjuk la shawl baru dia siap ada tag harga lagi. 
"Eh, kaler tu matching la ngan dress Kak Long" siap lari-lari kita masuk bilik bawak shawl orang nak g match ngan dress kita. Haha. Dasar kakak ipar.  


Tu la adik kita tudung pink tu. Dia memang baik hati. Tak bleh kalau kita cakap cantiklah, berkenannya kak long tengok. Terus cakap "takpelah kak long, ambiklah" fine. Bermurah hati sangat awak ni Ateh. Kak Long is terharu sangat ni. Nak bagi duit pun dia tolak. Dia cakap kalau nak bayar sangat bagi RM50. Kuang ajo sangat style tak nak bagi orang bayar. Hakhak. I luv u Ateh!! Nanti Kak Long ganti dengan shwal lain tau.


Haha. Pastu bila tengok balik gambo bawah ni kelako pulak. En.beliau suruh tengok tangan dia macam kena ruam ke ape ntah. Tapi isteri pulak kebetulan gigih duk selfie. Haha. Ampun maaf dipinta asben.

Sampai je mari kita bergambo kat pintu gerbang dulu. Pelamin kat bawah kanopi hujung sana.


Masuk-masuk jer terjah bilik pengantin. Pengantin pon tak bersiap lagi. So, kemas-kemas bilik susun hantaran atas katil.



Pengantin tak nak masuk gambo. So anak menantu Puan Siti Marina je bergambo.


Meriah jugak kenduri Alang (anak sepupu asben) ada DJ, ada silat, ada pemain kompang.


Bingit sangat kat luar, so kitorang duk dalam rumah je. Konon-konon jadi tuan rumah la.

Dua kali makan jugak. Kul 11.00 lauk dah masak makan nasi minyak dulu, coz pagi tak breakfast pon. Kemudian penat gelak-gelak sembang-sembang keluar makan bubur pulut hitam pulak. Tapi saya lagi prefer bubur kacang la. Yang ni tak kena sangat dengan selera saya. Eh, apa ko ingat ni kenduri ko kawin ke nak memilih-milih. Hehehe.


Adik ipar dan biras pulak duk meratah daging sampai dua pinggan. Hehe. Ni memang hantu gulai daging kenduri ni. Hehe.


Pengantin dah siap tunggu rombongan pengantin lelaki. Diorang berdua ni jodoh panjang jugaklah. Sama-sama belajar dari sekolah dulu sampai ke kolej. Kebetulan pulak belajar dekat kolej tempat saya kerja. Kebetulan sangat. Ingat masa kapel ngan en.beliau dia ada cakap anak sepupu dia study kat kolej saya keje ni. Eceewah..Gigihlah daku stalk anak sepupu pakwe kan. Hahah.

Pastu bila jumpa Alang dia plak konfius nak panggil Cik Fizah ke?ke panggil Kak Fizah?hehe.sukati la. 










Pastu sibuk-sibuk sangat kesana-kemari boleh plak saya lupa nak bergambo dengan pengantin. Hehe. Takpelah.. Kepada Alang & Pie, selamat pengantin baru, moga bahgia sampai ke anak-cucu ke akhir hayat. Semoga hubungan korang dilimpahi rahmat Allah senangtiasa.

2 comments:

  1. Haha..kakak ipar kaki bodek. Cantikk dress akak. Comel je dua2 pengantinnye. :D

    ReplyDelete
  2. Ana : hehehe..tq ana =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...