Para Pengikut..

Klik Me =)

Monday, 29 December 2014

Kisah banjir di Pantai Timur.

Salam uollss..
 
 
Sekarang ni bukak FB semata-mata nak lihat perkembangan banjir. Bukak berita pun semata-mata nak tunggu perkembangan banjir. Like person itu ini pon semata-mata nak tau perkembangan banjir. Allah. Sebak sangat tengok ada yang lemas dihanyutkan arus deras, ada yang hilang mak bapak, ada yang takde rumah dihanyutkan arus. Harta benda habis musnah.
 
 
Kita tidur malam nyamuk hinggap kat muka 2-3 ekor pon mengamuk. Bukak kipas lelaju biar nyamuk tak sempat hinggap  terus melambung jauh kena ribut angin kipas. Tapi diorang yang khabarnya berlindung atas bukit. Dengan nyamuk, pacat, terdedah dengan hidupan liar dan berbisa yang lain. Dengan baby, kanak-kanak, orang tua tak berdaya, yang sakit pulak. Tido beralaskan kain sarung, bumbung pun sekadar syarat saja. Selamatkan mereka Ya Allah.

 
Yang dipusat pemindahan pulak dengan kapasiti penduduk yang ramai untuk menampung kepadatan tempat. Allah. Kuatkan semangat mereka. Walaupun tidak selesa di sana kau kuatkan kudrat mereka untuk mampu bertahan. Kuatkan semangat mereka Ya Allah.
 
Alhamdulillah rakyat Malaysia yang prihatin, bila ada saluran sumbangan dimana-mana, tak kira apa bentuk sumbangan - duit- pakaian-selimut- bahan mentah-makanan segera-air bersih- dan sebagainya lagi berebut-rebut melaksanakan amal demi kelangsungan hidup magsa banjir. Tak kira apa pergolakan yang berlaku disepanjang proses penyampaian sumbangan itu aku mohon Ya Allah kau sampaikan pada waktu yang tepat, pada insan yang tepat.




 
Luluhnya hati tengok kesan kemusnahan akhibat banjir. Rumah hanyut dilarikan arus deras - kemana mau berteduh??, kereta musnah - dengan kos nak baiki lagi. Itupun kalau masih boleh diperbaiki. Ada jambatan yang runtuh hingga perkampungan tiada jalan keluar melainkan jalan air. Allah..jalan raya merekah, berlubang, pecah...
 

 
 
Ujian, takdir Allah tak dapat kita halang. Ada hikmah Allah uji sebegini. Semoga kalian semua kuat menghadapinya :(


Sumber gambar FB Sukan Star TV
 


2 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan mereka

    ReplyDelete
  2. sedih sangat tengok gambar kannnn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...