Para Pengikut..

Tuesday, 27 January 2015

Catatan duka pemergian arwah abang ipar ke rahmatullah.

Salam uollss..
 
Lama tak mencoret disini. Hurmm..Seminggu berlalu macam-macam kisah terjadi. Kisah suka dan duka. Semoga jadi memori sampai bila-bila.
 
20 Januari 2015 (Selasa)
 
Betul-betul sehari lepas ulang tahun saya meningkat usia berlaku kisah duka dalam keluarga kami. 2-3 hari kebelakangan ni rasa sangat mengantuk. Sampai satu tahap saya tertidur dalam kelas masa tunggu student siapkan latihan. Allah. Ngantuk teramat sangat. Balik rumah saya dah malas nak menyinggah kemana-mana walaupun tahu kat dapur tu banyak stok barang kena beli. Tapi makan je lah apa yang ada pon. Balik rumah lepas Isyak baring tengok drama terus tertido. Biasa saya tido jam 12.00 malam paling lewat pon 1.00 am . Atau paling awal pun 11.00 pm macam tu la. Hurm.
 
Pagi 20 Januari 2015 saya terlewat bangun. Rushing pergi kerja. Dengan perangai iron baju waktu pagi nak pegi kerja memang agak kelam kabut lah jawabnya. Tengah bersiap dalam bilik dengar hp berdering. Mula-mula ingatkan student yang col. Takpelah, kalau urgent dia call la sekali lagi. Nah betul pon. Cepat-cepat angkat call.
 
"Jah, Abang Faris dah takde"
 
Allahhh..
 
Luluh hati. Masa tu dalam fikiran terbayang my sis dan anak-anak. Arwah abang ipar mengidap jantung dan buah pinggang. Memang dah kerap kali berulang-alik ke hospital. Namun rencana Allah tak siapa tahu. Arwah meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Masih belum tahu erti "Abah dah meninggal", masih belum mengerti kubur tempat dibacakan surah Yassin tu tempatnya terpisah jasad mereka dengan abah di dunia ini selamanya, Allah besarnya dugaanMu.
 
Arwah selamat dikebumikan di Putrajaya pada waktu petang 20 Januari . Saya pulak dapat cuti dua hari. Nasib baik bos baik hati bagi cuti kat kita. Even tak sempat jumpa arwah, nak jugak jumpa kakak, tenangkan dia, sekurang-kurangnya dia tau dia masih ada famili tempat bergantung harap.
 
Balik opis terus pergi beli tiket untuk abang nak naik Putrajaya malam tu. Kita pulak naik pagi esok dengan asben. Lepas hantar abang kat terminal bas terus pecut balik Dungun. Jam 9.30pm kot tolak dari Kuala Terengganu. 1st time drive malam lewat-lewat macam tu lepas trauma eksiden dulu. Pagi esok bertolak ke Putrajaya. Sempat la dua malam tahlil, sempat jugak pegi sedekahkan surah Yassin di kubur arwah. Semoga arwah tenang disana.Aamiin...
 
 
Buat kakak kesayanganku, Allah pinjamkan hakNya pada kita kerana kasihNya dan Allah ambil balik hakNya jugak kerana kasihNya. Saya tahu awak seorang yang tabah. Semoga terus dikuatkan semangat untuk mendidik anak-anak menyambung keturunan arwah menjadi anak yang soleh dan solehah. Jangan risau famili sentiasa disisi dan Allah sentiasa ada =)
 
 
 
 
 


3 comments:

  1. terima kasih atas segalanya... rencana Allah jua yang terbaik..Kita hanya merancang, DIA yang menentukan segalanya.. Sokongan semua buat saya terharu..Segala pertolongan dan kebaikan kamu semua..hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya..

    ReplyDelete
  2. Salam takziah buat family akak. Semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...