Salam uollss..
Januari ni penuh dengan kejutan, penuh dengan peristiwa sweet2 jer.
Hari tu adik-adik ipar dan mil datang rumah sebab anak buah Wafi ada checkup kat hsnz. So diorang tidur kat rumah semalaman. Malam tu adik ipar suruh kita keluar ambikkan barang atas bonet kereta sebab dia takut nak keluar. Hampeh takut sangat la yer awak. Rupanya ada kotak atas bonet. Bukak kotak ada something sweet. Allahu. Terharu saya. Cheese tart sempena birthday saya dan biras. Tq Ateh, adik ipar kak long yang baik hati =)
Hari tu 23 Januari kita ambik EL sebab Daniel demam. Ada call dari opis mana ntah. Dia cakap nak hantar barang. Ingatkan kurier ke apa. Tapi rasanya takde beli apa-apa. Lagipun kalau dari kurier kenapa sampai nak hantar kat tangan kita kan. Bagi jela kat opis tu. Hehe. Tapi tak terpikir la orang nak buat seprais lagi kat kita. Sape lg nak buat kan. Then esoknya kita masuk opis num tu call lagi. Kita tengah kelas turun jugak la nak ambik 'barang' tu. Tanjat gegirl seprais lagi rupanya. Runner datang bawak ballon dan sejambak fresh flower dan chocolate. Ya Allah sape pulak kali ni. Rupanya student yang dah lama habis. Dah kerja sekarang tapi masih ingat kat mama. Terharunya. Nasib tak nangis kat situ. Struggle nak ambik gambar tengah-tengah angin kencang tu. Tq sangat anak mama.
Haha. Ambaik gambar dari ig stories jer.
Suka sangat fresh flower =)
Coklat pon kecintaan jugakk =)
Sesuatu yang sweet lagi bila masuk opis tengok atas meja ada gift. My friend hadiahkan sebab haritu duk ambik hantar anak dia pegi sekolah dan iqra' time dia takde kat opis ada urusan luar. Alaaaa. Ibu so sweet. Mak angkat tak kisah pon nak ambik hantar anak angkat =)
Semoga murah rezeki sentiasa my bff.
Hari Khamis ada pot luck kat opis. Tak tahu nak masak apa. So plan nak masak daging goreng kunyit jer. Balik singgah beli daging. Suka sangat makan ramai-ramai macam ni =)
Opismate hadiah kan untuk birthday bulan Januari. Olololo. Tengkiu opismate. Semoga murah rezeki =)
Malam Khamis asben balik adik ipar kirim kek coklat yang dia buat. Aduhhh. My fav kot kek coklat ni. Suap kat Daniel banyak pulak dia makan. Suka yer dik kek coklat. Nanti mami buat yer dik.
Then hari Sabtu pergi UTC renew lesen . Hahaha. Dah seminggu okey baru teringat nak renew. Balik rumah tengah tengok tv bunyi orang ketuk pintu. Taraaaa. My lil sis datang bawak sekotak hokkaido cakes. Ya allah sweet lagi. Gemuklah ai bulan Januari ni. Haha. Kakak kesayangan yang duk Putrajaya tu tempah dengan kawan yang biasa kami tempah kek tu. Sedapnya hokkaido cakes sebab tak manis sangat rasanya. Suka-suka.
Indahnya Januari tahun 2018 ni =). Semoga Allah murahkan rezeki semua yang selalu bagi kenangan indah dalam hidup saya =)
No comments:
Post a Comment