Para Pengikut..

Wednesday, 14 February 2018

Bila sel-sel otak si Daniel berkembang

Salam uollsss..

Lama tak story pasal anak mami Daniel. Haha. Yela aktiviti harian tu sama je. Pagi hantar ngasuh, petang mami balik work ambik dia kat ngasuh, malam pulak layan Tayo atau kalau dia mood ok tak nak tengok tv mami tutup tv biar jer dia buat aktiviti mengembangkan sel-sel otak dia. Hahaha. 

Ni malam tadi punya citer. Mami tengah solat Isyak dia terjumpa bag make up mami. Ingatkan tak boleh bukak zip tu. Haha. Selamba dia bukak. Kebetulan ada blusher tu penutup dia tak ok sebab pernah jatuh. So dia ambik la blusher tu main. Ambik brush tu pulak acah-acah tenyeh kat pipi sebab biasa tengok mami make up. Adoi anak. Nasib blusher tu mami beli murah jer. Hahahha.


Mami biarkan je dulu dia main sampai puas. Alang2 dah patah hancur blusher tu biar jela dia main sampai puas. Memang mak2 ni kena sabar jela konsepnya kan.





Alkisahnya hari ni botol susu Daniel tertinggal umah ngasuh. So alang-alang tu mami train dia supaya tak bagi hisap susu botol. Kul 8 tu bagi makan nasi goreng. Banyak jugak dia makan. Pastu minum air. Mami harap dia kenyang la. Kul 10.00 malam mami ajak masuk bilik tutuplampu semua. Haha. Sebab biasanya dia tido lewat duk tengok Tayo jer kerjanya. Mula2 nak tido dia mintak jugak "nak shu". Tapi nampak terkawal jela. Takde la mengamuk nangis sakan. Dua tiga kali dia mintak mami pujuk baik2, tepuk peha dia. Last2 tertido jugak anak mami.

Pagi tadi mami nervous sebab biasanya bangun tido dia mintak susu. So mami siap semua masukkan barang dalam kereta semua. Nasib baik kejutkan dia tukar pempes mood dia ok sangat. Tak nangis pon nak susu. Lega sangat mami. 

So mami buat kesimpulan dia tido awal dan cukup rehat sebab tu bangun tido tak meragam sangat. Ok. Malam ni kita tido awal pulak yer dik.


4 comments:

  1. Hmmm sama kes ngan anak sis, namanya Awwal usia 2y. Habis 1 botol bedak di tuangnya main atas lantai. Kikiki... apa nak buat. Redha je la =D

    Anyway, sis follow blog iza #480. Jemput singgah ke blog sis ya... www.sishawa.com

    ReplyDelete
  2. heheh.tula sis. Takpe Awwal.tu tandanya Awwal sedang berkembang sel otaknya.hehehehhehe.kita redha jela yer sis.hihi =)

    ReplyDelete
  3. fuhhh nasib tak meragam kan kak iza, ada can nak jauhkan dia dari botol susu tu :D

    ReplyDelete
  4. hahaha. sama lah perangai ni dengan dzikri. deodorant mak pun siap sapu dekat ketiak!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...