Para Pengikut..

Tuesday, 8 July 2014

Monday, 7 July 2014

Resepi bubur lambuk Terengganu yang simple

Salam uolls..
Saya macam pelik bila ada orang cakap..suka la bubur lambuk Terengganu, lama dah tak makan bubur lambuk Terengganu. Eh?bukan bubur lambuk ni sama je eh. Lain negeri lain resepi ker? hehe..bubur ni my peberet juadah berbuka jugak la. Biasa bulan Ramadhan je makan. Tapi kitorang ni duk kampung. Kadang-kadang kalau ayah or abang lalu tempat ada pucuk paku dikutipnya bawak balik. Terus buat bubur lambuk makan petang hari. Nyumnyum. Eh,lupa tengah puasa. Hehe.
Bagi saya kesedapan rasa bubur lambuk bergantung pada kuantiti bahan-bahan yang sama padan dengan kuantiti nasi. Kalau nasi banyak ikan sikit tak sedap jugak. Kalau nasi sikit , terlebih lada hitam pun tak sedap jugak. Nanti rasa pedas tu hilangkan rasa manis ikan. Eh,yeke. Macam tu je la pendapat saya. Hehe.
Saya pun bukan pro sangat. Biasa tolong mak je kat dapur. Puasa kali ni baru masak sendiri. Nasib baik la cukup rasa semua, asben ai kan juri tetap masterchef. Muahaha. Saya main agak-agak je pun. Dan tak masak masin sangat. Cuma saya tumbuk garam+lada bubuh dalam pinggan. Coz saya suka bubur yang pedas dan terasa masin sikit. Asben kan tak leh masin sangat. Tawar dia ok je. Jadi ikut tekak juri masterchef la. Haha. eh,panjangnya bebel. Ni nak bagi resepi ke tak ni. Haha. Saya masak untuk 3 orang. Cukup setiap orang makan 2 pinggan masa berbuka, then panaskan masa sahur makan 1 pinggan setiap orang. Hehe. Pendek kata pandai-pandai la agak. Ni semua sukatan saya agak-agak jer pun.
Resepi bubur lambuk versi saya.
Bahan-bahan:
Beras 1pot setengah (pot kecik)
Air untuk rebus beras. Eh,rebus ke.
Pucuk paku dan pucuk-pucuk lain
Santan
Bawang merah 4 ulas
Halia 2 inci
Lada hitam 2sb
Ikan selayang 1 ekor (saiz besar)
Budu 1 senduk
Garam dan bahan perasa
Mula-mula rebus beras. Rebus dalam periuk besar untuk masak bubur lambuk terus. Atas dapur gas, bukan rice cooker tau. Air lebih dari separuh periuk la. Tak ingat pula berapa minit. Tapi tengok nasi tu dah masak tutup la api.
Rebus ikan. Kami biasa guna ikan selayang sebab isi manis. Rebus letak garam sikit. Dah masak ikan tu toskan dan asingkan tulang.
Tumbuk lada hitam. Taknak lumat sangat pun takpe. Kemudian tumbuk halia dan bawang sekali ngan lada hitam tu. Dah lumat semua masuk kan ikan. Tumbuk skit-skit je la. Ikan kan dah lembik.
Ok. Now masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk beras. Kacau sebati. Dah mendidih masuk kan santan. Saya letak satu senduk santan pekat. Kacau lagi pastu letak budu.
Kemudian bolehla masukkan pucuk paku. Kadang-kadang tak ikut step sangat pun. Main campak je. Haha. Asalkan rasa tak kelaut.
Pastu letak garam dan serbuk perasa sesedap rasa. Boleh jugak tumbuk ikan bilis bubuh sekali. Alamak. Tak letak gambar pun dah terbayang bubur lambuk.

Sunday, 6 July 2014

5,6 dan 7 Ramadhan

Salam uolls.
Alhamdulilah. Hari ni 8 Ramadhan. Masih diberi kesihatan untuk berpuasa dan melakukan ibadat di bulan Ramadhan ini.  Weekend asben balik. Ai is eksaited. Boleh masak untuk en.beliau. Hehe. Bulan puasa ni sebenarnya niat tak nak letak pun gambar makanan yang mengiurkan di media sosial ni. Letak dalam bentuk bertulis atau berbungkus je. Semoga istiqomah la. Tapi hari-hari duk snap gambo, daily report katanya. Hehe. Kang asben tanya berbuka hari ni masak pe?terus whatsapp juadah kat dia. Hahaha.
Petang Khamis en.beliau bertolak balik. Saya kan habis kerja jam 6.00 petang. Ngam-ngam beliau sampai kat opis saya 6.00 lebih. Balik ajak sepupu dia buat teman. Plannya nak beli juadah kat bazar pastu makan kat taman. Mula-mula kitorang ke Bazar Pantai Batu Buruk. Haih. Bersesak-sesak kereta. Nak parking pun susah. Pastu gerak ke Bazar Taman Shahbandar pulak. Ingatkan parking penuh, rupanya luas yang amat boleh parking. Coz satu kawasan yang tahun lepas-lepas ada jual-jual tahun ni dah takde. Tempat tu dijadikan tempat parking. Lega.
Masuk dalam bazar dah satu hal tak tau nak beli apa. Semua yang nampak dimata best. Tapi en.beliau cakap tak payah beli banyak-banyak. Kang membazir. Baik tuan. So, kitorang just beli nasi kukus ayam berempah sorang satu, kemudian pulut panggang rm3, air ikut selera masing-masing. Makan santai atas rumput. Best makan macam ni. Meriah.
Balik rumah sebelum tido saya masak tom yam siap-siap untuk sahur. Senang nanti panaskan jer. Bangun sahur goreng ayam goreng kunyit ngan sawi goreng sos tiram.
Hari Jumaat ajak asben ke rumah my bff yang kematian ibu 3 Ramadhan yang lalu kat Kuala Berang. Harap beliau kuat dan tabah. Tak dapat bayangkan bagaimana rasa kehilangan ibu atau bapa. Tapi mereka semua pinjaman buat kita. Sampai masa akan dikembalikan pada yang Esa. Balik dari KB pegi kedai jual barang basah. Tengok ada pucuk paku. Terus decide nak buat bubur lambuk. Antara juadah paling saya suka. Asben dan sepupu dia pun orait je. So masak bubur lambuk la kita. Petang asben pegi bazar belikan popia goreng ngan ayam golek. Nyumnyum..
Banyak jugak saya masak bubur. Kami bertiga makan siap bertambah lagi. 1st time masak bubur lambuk sendiri. Sebelum ni tolong mak kat dapur je. Hehe. Tapi bubur lambuk ni senang sangat nak masak nya pun. Alhamdulilah asben puji sedap. Masuk bakul kejap. Eh, tak muat pulak. Bhahaha.
Sahur pun panaskan bubur lambuk je. Nasib baik licin jugak. Tak membazir la.
Sabtu asben dah gerak balik. Dia hantar saya balik umah mak. So petang Sabtu berbuka umah mak. Masak lauk-lauk simple je. Umah mak wajib ada nasi time berbuka. Even mak masak bubur lambuk ke, mee goreng ke tetap kena ada nasi. Dan yang pelik asal makan nasi umah mak mesti tambah nasi. Hehe. Sampai anakmu ni dah terbiasa mak. Setiap hari nak kena makan nasi. Tak jumpa nasi terus lesu tak bermaya. Haha. Over.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...