Para Pengikut..

Wednesday, 8 July 2015

Iftar di Warung Norazila, Kuala Ibai.

Salam uollsss...
Semalam bukak puasa dengan geng-geng Penang. Ceewahh.. dan-dan dapat nama geng-geng Penang. Ni sebenarnya yang kitorang pegi trip ke Penang dulu. Saja la mengimbau kenangan balik. So kita bukak puasa ramai-ramai. Siap tubuh group wassap khas untuk decide sape nak join, kat mana nak iftarnya. Macam-macam kedai yang dicadangkan. Ada yang jauh dari rumah lah. Ada yang mahal sangat lah. Kita ambik budjet yang sederhana aja okeyyy. So jumpa Warung Norazila. Pernah makan jugak sini dulu. Pagi tu terus call order. Nasib baik tak full.

Kami order tiga set. Agak berbaloi la. Takdelah mahal sangat pon. Saya tak rasa pulak agar-agar tu. Sedap ke ha. Dah kenyang sangat makan nasi.


Macam-macam lauk..
Tom yam
Kailan ikan masin
Telur dadar
Ayam percik
Ikan siakap masak tiga rasa
Kari daging
Daging masak merah
Sambal belacan, ulam timun
Tiga jenis air (sunquick, sirap dan bandung)
Kurma
Dessert






Ni yang paling berselera sekali. Air bandung!!sedap sangat. Cukup dengan rasa susu nya. Adoi. Kang dah terliur tengok balik neh.


Alhamdulillah. Kenyang sangat. Terima kasih semua yang join. Even dah habis belajar masih boleh luangkan masa bersama kekawan. Next time ada masa kita makan-makan lagi yerppp.


Tuesday, 7 July 2015

Macam-macam citer.

Salam uollsss..
 
 
Konon-konon hari ni tetiba rajin nak menaip. Tapi banyak jugak citer tertangguh neh. Takpe la nanti kita citer flash back balik je la. Hehe. Hari tu seminggu sebelum Ramadan dah minum air gula. Cuma result tu tak tau la lagi. Hope result tu okeyy je la. Pastu sebab dah pindah kampung kita pun dah tukar ke Klinik Desa kat area rumah tu. Misi baik-baik je belaka. Ai is seronok.
 
 
 
Pagi tadi pegi checkup - repeat scan. Now dah 17weeks. Alhamdulillah kandungan sihat. Nampak dah kepala, tangan, kaki baby. Cuma berat ni asyik turun je dah kenapa kan. Esok pegi check kat KD konpem misi sebut jugak pasal berat neh. Nak buat macamne bulan puasa kan. Kita makan time buka puasa je la. Malam tu pas terawih memang tak mampu nak masuk makanan lagi dah. Minum air suam je la. Makan tak makan sahur esok pulak.
 
Hari tu hb turun. Misi nasihat la suh makan zat besi banyak skit. Eh, kita makan je. Cuma tak konsisten kot. Bulan puasa ni makan kurma, kismis, beli buah jambu batu, pastu goreng bilis ngan tempe ratah masa buka puasa tuh. Cuma susu je kita kurang minum. Nak beli susu Anmun tu tapi banyak sangat pendapat kawan-kawan cakap itu ini, baca pengalaman mommies pon cakap itu ini. So, kita beli susu kotak dutch lady je, kadang-kadang beli fresh milk tu jer. Ok la jugak. At least bertambah la jugak kalsium tu eh. Hehehe.
 
Baju pegi kerja semakin sikit dah koleksinya. Mana yang harem memang tak muat, tak dapat handle terus lipat letak dalam lemari bawah skali. Kang dah muat balik baru selongkar semula baju tuh. Rasa baju kurung tinggal beberapa pasang je yang masih muat. Haha. Pakai dress, jubah, skirt je la pegi kerja. Nak menyoping baju kerja tak dapatlah sebab banyak sangat persiapan raya neh. So, raya ni koleksi baju raya kita semua berkonsepkan jubah+dress. 
 
Hurmm...apa lagi nak story yer. persiapan raya??owhh..tu tunggu kita update entry baru la soon. Bila soon ntah. haha. Okey..daa....
 
 


Wednesday, 1 July 2015

Laman sekangkang zirafah.

Salam uollsss..
 
 
Rumah yang kita duk sekarang ada laman. Takde lah besar sangat pun keluasannya. Tapi taklah sekangkang kera pon. Nak bertanam-tanam bunga, tanam sayur sikit-sikit boleh la. Hari tu mak mertua datang dia dah bagitau suh tanam bunga. Dia kan hantu bunga. Suh ambik je bunga kat rumah dia mana yang berkenan. Hehee. Pastu kita ni memikirkan kot la tetiba ada lembu or kambing sesat datang makan segala tanaman kita maunya tak mengamuk tambah-tambah kalau pokok kesayangan kan. So, pendamkan dulu niat nak tanam pokok bunga tu. Coz umah ni tak berpagar. Umah kawasan kampung kan.
 
 
Then hari tu kebetulan beli kangkung. Ada akar skali. Kita rendam la batang dalam bekas ada air. Dah nampak ada tunas-tunas baru tumbuh tu terus pegi tanam. Situ dekat ngan paip air. So nak siram pon senang. Kadang-kadang balik kerja tengok tanah kangkung tu dah basah. Ada lah kot mak ke abang yang datang siram. Heeeee. Setakat siram air je takde buh baja pon. Tapi nampak la hari ni dah ada dahan baru dengan daun bertubi-tubi keluar.  Takde gambo latest la pulak. Suka tengok kangkung tu membesar depan mata. Tak sabo tunggu masa nak petik.
 
Hope takde la lembu kambing sesat singgah meragut kangkung ai.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...