Para Pengikut..

Klik Me =)

Sunday, 23 October 2011

D.I.Y | Bunga Kertas

Salam uolls.

[Percubaan pertama menghasilkan bunga kertas]

Gigih la sangat kan. Mula-mula pergi kedai cari tissue paper. Tapi sampai ke sudah tak jumpa. Konpius jap. Kedai apa sebenarnya jual tissue paper? Mustahil la nak cari kat kedai tayar Ah Seng.

Lepas tu last week kan pergi Mesra Mall. Jumpa la satu kertas neh kat Popular. Tak tahu la untuk apa tujuannya. Tengok material kasat skit. Jarang skit. Pikir-pikir terus beli kaler pink dan biru.

Godek-godek YouTube : How To Make A Tissue Paper Flower

And finally i got dis.

 Keke.

Hasilkan sejambak letak dalam botol kaca. Mak masuk bilik terus dia kepelikan. Dari mana datang bunga ni? Nak kata beli macam tak logik la kan. Bila tersipu-sipu cakap i buat sendiri terus mak cakap.
" Buat la banyak-banyak, buat untuk bunga telur"
Gedebummm!

Haha.
Mak sangat genius. Terima kasih mak. Tapi untuk bunga telur tak boleh la kot. Pasal bunga ni sensitif. Nak letak banyak-banyak dalam kotak tak boleh nanti habis berkedut-kedut dah tak nampak rupa bunga dah. Nampak bagai pinang dilenyek lori adalah.

Letak dalam pasu saja lah.
=)


3 comments:

  1. nak satu! kaler biru... >.<

    ReplyDelete
  2. Eyda Sayam : Halamak. Dah ada customer request.haha.Insya Allah nnti jumpa akak bwk utk kamo.=)

    ReplyDelete
  3. rajin la bakal pengantin ni..kalu sy..hampes! malas x ingt..ingt nk kawen je..ahahaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...