Para Pengikut..

Sunday, 22 September 2013

#Meaw kami manja sangat

Salam uolls.

Kemain sejak ber-instageram ni asyik nak hashtag jer kerjanya kan. Jangkit sampai ke blog suda. Macam la orang boleh klik kat # kita kan. Hehe. Sekarang kat rumah mak dah ada kucing-kucing kesayangan kami yang manja sangat.

Alkesahnya dalam adik-beradik kitorang dan termasuk emak ayah sejumlah 14 semuanya tak ramai sangat kot yang suka kucing. Maksudnya cat lovers. Yang bila jumpa kucing kat kedai makan pon terus angkat peluk kiss-kiss kan. Ada la sorang adik laki saya Nuar ni dia je yang paling suka sayang cinta kat kucing. Kitorang yang lain-lain ni biasa-biasa jer. Pernah masa Nuar ni sekolah rendah darjah satu kot eh ada la kitorang bela sekor kucing bagi nama Pok Mbong (kucing pon nak nama macam orang kan). Kucing tu mati tak ingat la sebab apa. Nuar ni menangis gila-gila jugak lah. Pastu nangis kat kubur Pok Mbong pulak tu. Sedih sangat. Saya ni bukan sedih sebab Pok Mbong mati tapi sebab tengok adik nangis kan, kita pon sedih jugak la.

Mak pulak langsung tak suka kucing kan. Hehe. Takdenya mak nak peluk-peluk kucing bagai. Setakat bagi makan tu boleh la. Ayah pun dulu takde jugak manjakan kucing sangat. Dan sebelum-sebelum ni kucing yang tiba-tiba muncul kat rumah dan tiba-tiba jadik kucing belaan kitorang adalah kucing sesat mana ntah. Sebab rumah kitorang kat jalan mati so agaknya dia sesat sampai rumah kitorang, Nuar la yang suka kutip bagi makan semua otomatik jadi kucing kitorang la eh. Hehe.

Sebab tak obses sangat dengan haiwan kesayangan Rasulullah ni jadi takdepon kitorang gigih bagi nama kat kucing, takde pon masa nampak kucing kat rumah bunting dah plan nak buh nama Justin Bieber ke Selena Gomez ke, Kak Limah ke kan.

Alkisahnya hari tu ayah pegi pasar terjumpalah beliau dengan seekor kucing ni yang comelness sangat. Biasanya kalau kucing berkeliaran kat pasar kat kawasan tempat jual-jual ikan tu mesti kucing sesat atau kucing terbuang. Ok sedih sangat sebut kucing terbuang. Bukan, mungkin ada sebab tertentu tuan dia tak mampu bela dia kan #positifsangatfikiran.

Kucing ni la yang ayah jumpa. Masa tu dia dewasa lagi. Eh, nak samakan kucing macam orang pulak siap ada peringkat dewasa kan. Hehe. Mungkin sebab selama ni kucing kat rumah tu semuanya kucing yang sesat tumpang bertebuh takdelah kami nak belai-belai sangat. Bila ada kucing ni semua orang sayang dia. Termasuklah anak buah yang duk rumah lain. Selalu datang rumah tok ki mesti gomol kucing ni. Time anak-anak buah dari KL balik pon semua pakat nak hug dia.


Lepastu dia beranak. 1st batch anak. Tak tahu sape bapak dia.Kitorang suka sangat. Mesti anak dia comel macam dia kan. Thehehe.

Si hitam ni dah mati. Kesian sangat. Diorang ni suka tau main lari-lari kat atas rumput depan rumah tu. Macam mana ntah hari tu terlanggar dengan pak cik jual ikan bawak moto tiga tayar tu. Sobsobsob. Kesian. Ajal maut di tangan Tuhan kan.


Yang ni hidup lagi. Comel sangat. Pastu manja. Bila kita ambik belai gosok-gosok dia takde nak protes pon. Ni spesis suka dibelai neh. Hehe. Dah besar dah sekarang. Dah besar baru dapat nama. Chombi. Ni ApihApijo la yang bagi nama. Kitorang layankan jela. Cuma mak ayah takdela nak panggil dia Chombi...oh Chombi...hehe..kitorang je yang gedik panggil kan. Thankz ApihApijo bagi nama kat meaw.


Ibu Chombi ni pon manja jugak. Kucing kan kenal bau tuan dia kan. Time Nuar balik keje je mesti mengiaw kat kaki Nuar. Time ayah lepak kat luar  mesti ibu meaw datang bertempek kat ayah. Kat rumah tu yang paling concern pasal meaw ni Nuar la. Balik kerja bukak periuk letak nasi kat meaw. Malam-malam ajak meaw masuk dalam rumah tido dalam bilik dia. Nak tido sekatil sebantal ngan dia pon lagi dia suka.

p/s : tapi mak cakap time semorang dah tido mak senyap-senyap keluarkan semua. Sebab takut dia be**k dalam rumah kan. 

Baru ingat, masa ibu meaw baru sampai kat rumah dia clever sangat. Nak be**k je pegi bilik air. Kiranya dia pandai la tau tu bilik air nak memudahkan kitorang kan. Kadang-kadang belakang mesin basuh. Hehe. Bising la mak weolls. Sebab mak tak tahan kot bau. Tapi weolls kira hidung tersumbat kot. Haha. Saya pon selalu la jugak bersihkan .



Chombi ni manja kan. Time kita lepak-lepak kat luar ni ada la dia datang bertempek kat kita. Tu saya tengah bungkus hadiah untuk wedding kawan, eh dia datang tiba-tiba landing kat situ.

Ibu meaw beranak lagi hari tu. Beranak dalam bilik Nuar. Nuar mu jadi bidan ke Wa?? Haha. Dapat tiga ekor anak. Kali ni jaga baik-baik anak tau. Jangan bagi bapak terkam anak tu tau ibu.

Putih, Kelabu dan Cokelat kekuningan. Eh, tu bukan nama kucing ni tau. Biasalah tak standby nama pon kat diorang. Tunggu ApihApijo bagi nama lah.

Mula-mula ambik gambo tak perasan pon dia tengah hug. Comey sangat. Sejuk kot tu. Terus crop gambar dia kan.

Chombi dah ada adik. Dah besar pon. Tapi kadang-kadang dia buang tebiat jugak pegi isap susu ibu jugak. Haih la Chombi malu kat adik-adik kau tau.

Ni datang kat kita nak bagitau apa sebenarnya ha??

Hari tu ada la sorang jiran lama kitorang datang rumah. Lama sangat tak jumpa almost 15years kot eh. Pastu dia berkenan la kat kucim-kucim ni. Huwaaaa..Ayah macam berat hati nak bagi. Ayah cakap budak-budak sayang nak bagi. Huhu. Tapi sebab kesian jugak kat jiran tu pujuk nak jugak ayah bagi jugak yang betina kaler putih tu. Sobsob. Hope putih sihat kat sana, nanti besar beranak anak-anak yang comelness tau.

Semalam balik rumah mak, ApihApijo perkenalkan nama diorang. Yang kelabu tu nama dia Diego. Diego ni pasif skit. So saya agak dia adik la berbanding yang seekor lagi kan. 

Yang ni pulak nama Dora. Eh, ApihApijo bukan dia jantan ke ha? ke betina? Hakhak. Sukati korang la. Dora ni manja, aktif. Suka buat aksi comelness dia bagi kita puji dia. Kembang la bulu tu kena puji. Hakhak.

Terhibur kadang-kadang tengok keletah diorang. Yela rumah kami takde budak kecik. So dengan kucing la nak hug-kiss nak belai-belai manja kan.

Ni Dora. Comelness sangat dia. Tak tahu la dia nak wat aksi kuak lentang apa sebenarnya atau nak garu kepala yang gatal ke ntah la. Sempat snap aksi dia. Hehe. Tapi guna kamera hp so blur la.


Okey, tu je citer tentang #Meaw kami manja sangat. Hehe. Korang pon ada kisah meaw yang manja share ngan kita jugak plissss..

11 comments:

  1. Mohon share gambor skali. Nak post gok ae pasal Dora haha

    ReplyDelete
  2. ApihApijo : Silakan. Jangan lupa kredit by Jaja. Hewhew.

    ReplyDelete
  3. manjenye dora, k.na xdop lg kucing warne cm diego...

    ReplyDelete
  4. waaaa..sama la kisah kucing kiter..kat umah baru branak 5 ekor..hihi..rajin ija wat entry.=)

    ReplyDelete
  5. Kak.na : hor.sy pun jarang jupe k.na. Lau kaler mcm dora bsepah tgk.hehe.aah.manje.senang nak belai dia tak melawan.hehe.

    ReplyDelete
  6. Oney : yeke.gv me five!hehe.time ada masa terluang oney.kang da bz mmg xdang la nk taip.hee.

    ReplyDelete
  7. gewammm kat dora.. mcm2 la apihApijo bg nama.. hehe

    ReplyDelete
  8. sedih mengenangkan nuar nangis time Pok mati.. masa tu die kecik lg, tp dh pandai syg miaw.. hehe..kiut plk nuar ms tu..ngan isap jari nya.. haha..jgn marah wa yep.. :)

    ReplyDelete
  9. My sis : tau takpe.lau letak jari kat mulut dia msti dia jilat2 tau.

    Sy pun ingat2 lupa dah awk.tp nuar memang dh sifat smulajadi dia manje ngan kucing dr kecik lg kan.hehe.

    ReplyDelete
  10. Oh noo.. Saya xsuke kucing..geli ngn bulu..tapi xdela buat kenak ke kucing.

    ReplyDelete
  11. MamaIqy : la.sy bru tahu k.na geli kucing.hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...