Para Pengikut..

Saturday, 2 November 2013

Welcome November.

Salam uollss.

Cepatnya masa berlalu. Dah November dah. Nanti masuk tahun baru hijrah pulak. Pastu Disember. Pastu 2014...Pastu Januari 2014 pastu umur meningkat lagi..huwaaaa..ok ok. Selagi umur tak menganjak ke angka 3 mari perasan kita masih remaja riang ria. Hahaha.

Okey. Hari Khamis tu saya balik kerja singgah kedai jual barang basah. Cadangnya nak beli ikan je. Tup-tup sampai je kedai ternampak kerang terus beli kerang 2 kilo. Pompuan kan. Macam ni la. Lain yang di rancang, lain pulak yang di beli. Hehe. Beli ikan kembung dan ikan aye hitam.

Balik rumah tinggalkan ikan kat sinki jap terus ngadap Mr. Arrogant. Kekeke. Pastu time iklan lari-lari anak pegi dapur. Keranamu Mr. Arrogant. Nasib baik laki tak balik lagi. Kalau tak mesti dia bagi jelingan manja yang maut. Haha.

Bila dah kawin ni masak apa-apa mesti ikut selera tekak suami kan. Ari tu ma rebus kerang bubuh bawang putih dan serai, jadi kena ikut la cara ma. Kata nak masak untuk anak ma kan. Kalau kat rumah mak saya takde nak letak serai bawang putih tu pon. Kita rebus ngan air je pon sedap.

En. beliau suka sangat kerang neh. Saya makan sikit je pastu dia habiskan semua.


Tak kenyang la makan kerang jer kan. Jadi goreng bihun jugak. Ayam takde, gantila dengan kerang. Tapi kerang ni kecik jer, isi pon kecik sangat. Anak kerang agaknya. So, takde rasa sangatlah kerang dalam bihun goreng tuh. Huhuhu.



Siang hari di hari Jumaat. Macam biasa lah pagi just minum air jer. Sekarang minum susu lah. Thehe. Nak bagi tulang ni kuat sikit kan. Kata kurang kalsium kan.

Pastu tengahhari baru masak. Masak simple jer. Bakar ikan kembong.

Ikan kembong bakar + sup kaki ayam + sambal belacan.



Lepas asar keluar ambil angin. Bosan duk mengadap kartun je. Tapi tak tahu ke mana arah tuju nak di tuju. Masuk area stadium gong badak.


Pastu berenti kat trek jogging. Tengok ramai orang jogging. Masuk gambar kat ig dan fb. Pastu ada orang tanya kita pegi jogging ker? Muahaha. Soalan cepu mas sangat. Haruslah ai sayang lemak-lemak tepu yang dah lama di ternak ni kan. Hehe. Keinginan membuak-buak untuk jogging. Tapi keinginan yang tak disusuli dengan tindakan kan fail la jadinya. 

Best je trek jogging nie. Sebab ada kolam. Tenang jer. En.beliau plisss nanti kita jogging sini tau.

 
Haha. Muka awak macam nak cari gaduh jer kan.  Sian en.beliau. Asal kereta ada problem je konpem berkerut seribu la muka dia. Tau sangat lah. Kalau tengok tv macam tembus tv dan dinding sekali tu tanda dia duk fikir pasal kereta la tuh. Huh!


Hye bini no2 en.beliau, awak boleh tak berperangai elok sikit. Jangan nak ada problem sokmo okeyy. Sian tuan awak berkerut seribu fikirkan awak. 

Plan di hati nak makan abc, tapi aiolls diam je la. Tunggu je la en.beliau bersuara. Tapi bini no2 dia ni macam tak bagi kerjasama sangat. Tiba-tiba nak meragam. Lantas dia call kawan dia nak ajak baiki kereta. Huwaaa. Kempunan ai nak makan abc. En.beliau hantar saya balik rumah. 

Duk rumah lipat baju sambil menonton la jawabnya. Pastu en.beliau call. Tanya nak makan apa dia nak tapau. Eh, tiba-tiba nak tapaukan nasi kat kita kan.Tapi saya tak tau nak makan apa la. No idea la. Huhu. So panas kan sup petang tadi dengan mihun jadikan mihun sup.

Pastu duk bw blog Cik Epal tengok ada resepi cream puff. Saya pon gedik nak try bakar guna pemanggang ajaib kita boleh ke tidokk?? Hahaha. Tengok rekabentuk dia ke laut la kan. Tapi rasa tu tetap rasa cream puff. Heee. 


Malam ni tido lewat. Marathon muvie, dah tiga cerita dah tengok neh. Saya takde lah khusyuk sangat. En.beliau je khusyuk tuh. Hope ni citer last. Aiolss dah ngantuk sangat dah nehhhh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...