Para Pengikut..

Klik Me =)

Saturday, 19 April 2014

Resepi Laksa Terengganu Izahafizah

Salam uolls.
Semalam balik rumah mak. Ayah beli laksa. Nyumm. Lama betul tak makan laksa. Biasanya ayah beli laksa kat pasar. Mak buatkan kuah dan ulam ulam semua.
Hari ni nak rehat kat rumah je, jadi mak bekal kan la laksa. Nampaknya kuah kena masak sendiri la. Tengok ada jambu golok. Jadikan ulam makan ngan laksa best jugak neh. Hehehe. Semua ambik umah mak, nyior, cili, limau nipis dan jambu golok. Ikan ada lagi dalam fridge.
Senang je nak buat kuah laksa. Biasanya kami buat laksa putih.
Resepi laksa kuah putih.
1 sudu lada hitam.
3 biji bawang merah.
2 ekor ikan yang dah direbus. Biasanya ikan selayang
Tumbuk la lada hitam sampai lumat, kemudian masukkan bawang tumbuk lagi, then ikan. Tumbuk sebati ketiga2 bahan atas tu.
Masakkan santan kemudian masukkan bahan tumbuk tadi. Kacau sampai mendidih. Masukkan garam dan gula sesedap rasa.
Untuk ulam pulak macam-macam boleh dijadikan ulam. Biasanya ulam kitorang makan adalah jambu golok, timun, daun2 ulam yang kutip keliling rumah. Tak tau pe nama saintifik. Hehe. Kemudian makan laksa ni yang paling wajib adalah belacan dan cili. Tumbuk cili buh garam sikit. Ermm dapnye

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...