Para Pengikut..

Klik Me =)

Tuesday, 8 April 2014

Lipas terbang.

Salam uollss.

Tadi terbaca kat FB abg Ben post pasal lipas terbang ni ha.


Ya Allah hai. Saya ni memang tahap jumpa lipas terbang ni lari lintang pukang la. Ko duk kat ruang tamu aku lari ke dapur, ko datang dapur aku lari masuk bilik. Hahah. Dah macam lari dari orang dah.

Sekarang kan duk dengan anak buah. Aiolls ingatkan dia ni pemberani, rupanya takut jugak. Sespesis mak sedara jugak lah. Satu malam tu ada la sekor lipas ni merayap kat dinding rumah. Saya dah jeling semacam dah. Ingatkan lipas yang merayap biasa tu jer. Anak buah pun jeling jer. Eh eh tup-tup dia tebang. Serentak kitorang menjerit macam nampak pocong. Dua-dua beranak lari masuk dapur. Hahahaha.

Pastu sampai bila nak lari-lari. Dah la rumah kecik jer. Lari pun sempat je dia kejar. Haha. Konon-konon saya ni berani la ambik penyapu. Tapi asal nampak je lipas tu macam nak terbangkan sayap terus penyapu ntah kemana, saya ntah kemana. Hahahaha lagi la. 

Last -last lipas tu masuk bawah kusyen. Ahh sudahhhh. Tak tenteram la tido malam ni. Pastu saya sound la kat area dia masuk tu. Khas ditujukan untuk dia la "Kalau mu lipas baik mu lari jauh-jauh sebelum kitorang bunuh mu sebab mu mengancam kesihatan kitorang". Hahaha. Anak buah dah gelak-gelak dah.Tapi lepas cakap macam tu sampai hari ni tak nampak dah kelibat lipas tu. Agaknya dia penat kot main kejar-kejar ngan kitorang ataupun memang dia paham la yang kitorang ni penakut yang amat..

4 comments:

  1. kalu sy ade nie sy lempor je lipas tu ke awok.. kahkah

    ReplyDelete
  2. HH : Jahatnyer awak!!

    ReplyDelete
  3. sy pun penakut gak ngan lipas terbang..sib baik kt umah sy lipas kecik2 jer..tapi takut jgk..bkn takut sbnrnye..tp geli bile die merayap2.. anak2 plak tgk lipas cm nampak hantuu.. hehe

    ReplyDelete
  4. my sis eyta : tau takpe awk eh.geli sangat. especeli hok terbang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...