Para Pengikut..

Saturday, 20 April 2019

Drawbridge Terengganu


Salam uollss..

Hari-hari tengok orang duk bergambar berlatarbelakang drawbridge Terengganu ni. Geram tengok gambar sorang-sorang tau. Saya duk lalu jer tepi jalan tak terpergi la pulak area tu. So semalam kebetulan pergi ke bandar hantar abang ke station bas. Balik tu tengok jalan hening je terus kita masuk area Tanjung. Tapi panasnya memang tak boleh bawak bincang. Nak selfie kat situ haruslah asben tak layan. So keluar kereta sorang2 kejap nak snap gambar jadikan kenangan. Hehe.


Untuk pengetahuan korang, jambatan ni menghubungkan muara Kuala Terengganu dan muara Seberang Takir. Lepasni kalau dah boleh beroperasi dapat la mengurangkan kesesakan lalulintas. Orang dari area Seberang Takir boleh lalu jambatan ni untuk ke area bandar KT.

*****

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sekiranya tiada apa-apa halangan, drawbridge yang menjadi mercu tanda baharu bagi negeri ini dijadualkan akan beroperasi sepenuhnya awal Jun ini.

Kita jangka drawbridge akan disiapkan sepenuhnya akhir bulan ini di mana tempoh sebulan diambil sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri yang dijangka pada 30 Mei.

“Buat masa ini drawbridge masih lagi di bawah pengurusan pihak Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebelum diserah kepada kerajaan negeri.

“Sekiranya segala proses dapat disiapkan termasuklah urusan jalan raya di kawasan sebelum naik drawbridge itu (KT-Seberang Takir), kita optimis ianya boleh digunakan sebelum hari raya nanti,” ujarnya.

https://www.teganukita.net/2019/04/drawbrigde-terengganu-beroperasi.html?m=1

*****

So jangan lupa raya aidilfitri nanti kita photoshot kat sini pakai baju raya merelip lip lap. Hahaha.


Wednesday, 17 April 2019

Resepi ayam masak kurma.

Salam uollss..

Sabtu masak nasi minyak. Terasa nak makan nasi minyak. Kebetulan ada rempah kurma yang tak tahu la bila saya beli. Tengok tak expired lagi. So terus decide buat ayam masak kurma. Tengok bahan-bahan lain pun ada. Ni pertama kali masak ayam masak kurma. Resepi google dan fb jer. Haha. Jomlah kita simpan kat sini untuk rujukan masa hadapan.

RESEPI AYAM MASAK KURMA.

Blend atau tumbuk :
Bawang merah 2 ulas 
Bawang putih 1 ulas
Halia 1 inci

Kemudian tumis 4 sekawan bersama bahan blend (atas):
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Cengkih

Tumis sampai garing.

Masukkan rempah kurma adabi yang dicampur air sikit.
masak sampai betul-betul garing tau.

Kemudian baru masukkan ayam sampai ayam tu kecut sikit baru masukkan santan. Perasakan dengan garam dan gula.

Lepas tu masukkan ubi kentang. Dah empuk ubi baru masukkan tomato dan bawang besar dibelah empat.

Senang je rupanya. Hehe.

Friday, 12 April 2019

Tukar theme blog.

Salam uollss..


Bosannya thema blog yang sama berzaman. Dah la malas update. Haha. Bukak je blog tengok color yang suram jer. So tukar theme dengan harapan bila bukak blog tu lebih rajin untuk menaip sesuatu. Kiki. Ni pon saja-saja tekan jumpa background tu. Suka colorfull macam tu. Cuma header la dah lari saiz. Kena design baru balik untuk header.


Lepastu tukar jenis font then adjust width. Ni semalam tukar kat lappy. Harini cek balik guna fon rupanya dah lari habis. Haha. Kena bukak lappy jugak la senang nak edit balik. 


Cuma header la tak tau nak design macam mana. Nak buh muka ai ke. Gambar keluarga ke or just pattern or corak. Adoi. Semoga ada kerajinan nak edit header soon.

Thursday, 11 April 2019

Bila teringin nak makan macam-macam.

Salam uollss..

Ni kejadian weekend yang lepas. Perut teringin makan macam-macam. Eh salahkan perut la pulak. Salah lah nafsu makan tu. Haha. Hari Khamis tu dah rasa nak makan laksa. So harap sangat asben ajak pergi pasar. Asben sampai rumah malam Khamis tu dia terus ajak pegi pasar pagi esok. Weeehuuuu. Macam dah dapat baca isi hati ku ini. Ceewahh. So pagi tu pergi pasar beli laksa dua kg. Harga laksa RM3.50 sekilo. Beli dua kg sebab nak hantar rumah mak jugak. Rumah mak ada mak ayah dan dua orang abang. Kalau lebih boleh ajak akak dan anak diorang makan sekali. Tengahhari tu masak untuk lunch dulu. Sebab plan nak masak laksa untuk makan petang/malam.

Puas hati dapat makan. 


Nasi kunyit sebenarnya mak request nak makan. So masa pergi pasar tu beli ayam seekor untuk buat rendang makan ngan nasi kunyit. Setakat ni saya belum pernah masak nasi kunyit. Saya buat rendang dan mak tanak nasi kunyit. Makan untuk breakfast pagi Sabtu. Hehe.

Terima kasih mak =)


Hari Sabtu keluar ke bandar nak settle hal tertangguh. Pastu asben ajak makan nasi kukus. Alaaaa. Rindunya tea peng eskrem dia. So terus terjah Nasi Kukus Sempoi Alias 2 kat cawangan Gong Kapas. Masa tu dalam 12.30 tengahhari. So tak ramai lagi orang. Ada lah meja kosong.


My Fav. Tiap kali pergi Nasi Kukus Sempoi Alias mesti order tea peng eskrem. Yummy.


Balik tu kat tepi jalan ada orang jual pelam asam boi ni. Kesian pulak tengok tengah panas-panas jual. Hurmm. Kita teringin nak makan. Tapi tak terluah pulak nak beli. Sebab hari tu beli tak padu sangat. Pastu saya berenti singgah ke kedai. Papa ngan Daniel tunggu dalam kereta. Dah sampai rumah tengok ada pelam asam boi kat seat belakang. Wahhhh.tq papa =) 

Rangup sangat =)


Alhamdulillah. Harap weekend la boleh layan nafsu makan. Pastu kalau datang mood rajin la boleh masak sedap-sedap. Kalau mood malas datang takde maknanya. Hahah.

Thursday, 4 April 2019

Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal

Salam uollss..

Dah tengok ke Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal?. Kalau belum cepat ke pawagam berdekatan.  Boleh la bawak anak, anak buah atau adik-adik. Saya tengok Jumaat lepas. Kebetulan adik balik cuti so dia ajak tengok. Bawak Daniel sekali. Mami ngan papa ni memang peminat upin ipin dari zaman bujang lagi suka tengok. Haha.
Kitorang pergi time malam. Movie jam 8.30pm. Ni tengok wayang kat LFS Cinema, Paya Bunga Square.

Adik tolong beli online siap2. Bawak anak buah lagi sorang join skali.

1st time sebenarnya bawak Daniel tengok wayang. Takut jugak dia nangis takut ke, nangis gelap ke atau nak lari-lari dalam wayang tu. Mujur papa ada. Nampak masa mula-mula masuk tu berombak jugak dada dia takut. Mungkin sebab bunyi kuat sangat iklan-iklan sebelum start cerita tu. Lama-lama tu bila dah start cerita baru lah ok. Tapi rugi lah beli seat untuk dia. Sebab sepanjang cerita duk atas riba papa jer.

Best sangat episod Keris Siamang Tunggal ni tau. Memang saya bagi 5 bintang la. Permulaan cerita Upin Ipin dan kawan-kawan kemas stor atuk bawah rumah tu. Tetiba terperangkap dalam dunia lain. Macam-macam kisah, watak yang muncul dalam dunia misteri tu. So kalau nak tau kenala pegi tengok yer. Kiki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...