Para Pengikut..

Saturday 20 April 2019

Drawbridge Terengganu


Salam uollss..

Hari-hari tengok orang duk bergambar berlatarbelakang drawbridge Terengganu ni. Geram tengok gambar sorang-sorang tau. Saya duk lalu jer tepi jalan tak terpergi la pulak area tu. So semalam kebetulan pergi ke bandar hantar abang ke station bas. Balik tu tengok jalan hening je terus kita masuk area Tanjung. Tapi panasnya memang tak boleh bawak bincang. Nak selfie kat situ haruslah asben tak layan. So keluar kereta sorang2 kejap nak snap gambar jadikan kenangan. Hehe.


Untuk pengetahuan korang, jambatan ni menghubungkan muara Kuala Terengganu dan muara Seberang Takir. Lepasni kalau dah boleh beroperasi dapat la mengurangkan kesesakan lalulintas. Orang dari area Seberang Takir boleh lalu jambatan ni untuk ke area bandar KT.

*****

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sekiranya tiada apa-apa halangan, drawbridge yang menjadi mercu tanda baharu bagi negeri ini dijadualkan akan beroperasi sepenuhnya awal Jun ini.

Kita jangka drawbridge akan disiapkan sepenuhnya akhir bulan ini di mana tempoh sebulan diambil sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri yang dijangka pada 30 Mei.

“Buat masa ini drawbridge masih lagi di bawah pengurusan pihak Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebelum diserah kepada kerajaan negeri.

“Sekiranya segala proses dapat disiapkan termasuklah urusan jalan raya di kawasan sebelum naik drawbridge itu (KT-Seberang Takir), kita optimis ianya boleh digunakan sebelum hari raya nanti,” ujarnya.

https://www.teganukita.net/2019/04/drawbrigde-terengganu-beroperasi.html?m=1

*****

So jangan lupa raya aidilfitri nanti kita photoshot kat sini pakai baju raya merelip lip lap. Hahaha.


4 comments:

  1. Suka tengok, cantik macam overseas gitu. Kami nantikan gambar raya tu kak. :)

    ReplyDelete
  2. Cantiknya berlatar belakangkan jambatan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sha. Tapi panas sangat tak sanggup diri lama-lama kat situ.hehe.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...