Para Pengikut..

Monday, 7 February 2011

Resepi untuk orang bujang.

Haha. Nak berangan jadi chef kejap.

Yer penonton sekalian. Bersama saya lagi dalam rancangan 'Resepi untuk Orang Bujang'. Hari ni resepi yang akan saya kongsi dengan bujang-bujang sekalian ialah 'Tumis Ikan semudah ABC'. Jadi sila ke dapur pastikan rumah bujang sekalian ada bahan-bahan berikut :

Ikan (Seboleh-bolehnya ikan selar)
Bawang putih dan bawang merah
Kicap
Sos cili
Cili boh / cili giling tu la
Garam
Air

Ok. Itu saja bahan-bahannya. 

Mula-mula hiris bawang putih + merah dan tumis bersama-sama cili boh. Bila dah naik bau harum tu masukkan air secukup ahli-ahli rumah bujang anda. Kemudian masukkan kicap, sos cili dan garam. Bila dah mendidih masukkan ikan. Pandai-pandai la rasa. Kalau tawar tambah garam. Takkan tu pun chef kena ajar. 
Dah masak hidangkan. Senangkan. Semudah ABC.

Ok!
Nak pergi masak resepi orang bujang kejap.
Babai.


2 comments:

  1. salam kenal....
    gud recipe...keke

    ReplyDelete
  2. salam..hee..boleh try..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...