Para Pengikut..

Wednesday, 3 September 2014

Plan untuk Trip to Penang.

Salam uolllss..

Eceewah. Siap ada part by part neh. Macam la ko pergi travel ke Istanbul kan. Sukati ai la. Belog ai. Hakhak. Okey idea nak trip ke Penang adalah dari my fren, my opismate sama-sama mengajar anak-anak dari satu aliran yang sama. Mula-mula ai is eksaited sangat. Weehuuuuu.. Nak pegi Penang kot. Dimana ada kenangan bersama bff, skulmate, roomate dan  ex-bf. LOL. Kita kan pernah menuntut di USM, Penang. 

Tapi memandangkan ai is isteri mithali (kahkah) terus terdiam seketika dan menangis di sudut hati. En. beliau bagi kebenaran ker?? Hurm. Hurm. dan hurm......Bila nak bukak mulut berbicara je terus idea mati, terus berdebar. Takut sangat kalau perasaan berdebar ni datang tau. Dia macam bagi hint yang kita akan dapat keputusan yang mengecewakan.

Pastu di suatu petang nan indah (ayat lirik lagu sangat), ai cuba memberanikan mulut bertanya. Bukan start dengan ayat tanya tapi ayat penyata.
"B, lama tak pegi Penang. Bestnya kalau dapat pegi Penang"
Haha. Dengan harapan beliau menjawab "Dah jomlah kita pergi". Apa kau fikir keluarga kau ada pesawat persendirian ker???
Tau dia jawab apa " Macam mana nak pegi, kerja banyak mana boleh tinggal. Nanti cuti ayah bising. Bukan senang nak cuti walaupun kerja sendiri bla bla bla bla bla" 

Fine asben. Fine. Saya bukan nak ajak awak.
Tapi kan laki ni pape kena cakap direct. Asben ai la. Tapi mostly laki macam tu la kan. So bila my fren duk tanya keputusan muktamad nak pergi ke tak sebab nak booking hotel, tiket semua terus lah ai berterus-terang. Huhuhu. Ai is takooott. My fren cakap ajak je la asben. Tapi susah lah. Nanti kita nak jaga dia lagi, nak jaga anak-anak lagi. Hahahaha. Alasan sangat. Padahal nak enjoy..Hahaha. Ampunkan isterimu b.
 Kemudian saya berterus-terang la ngan asben. Citer kat dia ni bukan atas urusan kerja atau dipaksa pergi. Ni memang saya nak ikut jugak. Nak ikut jugak. Nak ikut jugak. Hahaha. Nasib baik la asben bagi kebenaran. Tapi kalau dia tak bagi pon ai akan pujuk sampai dia bagi jugak. Kihkihkih.
Tengkiu asben!!!
Dan walaupun saya ni pernah belajo di Penang sangat la tak ingat pasal jalan-jalan tu semua. My fren siap print peta Georgetown, tempat menarik, Google tempat makan, street art memacam lagi. Hehe. Booking hotel bajet jer pon, beli tiket bus dan total semua anak-anak yang join 13 orang termasuk weolls jadi 15 orang kesemuanya. 
 Kami bertolak malam Khamis dan balik malam Ahad. Alhamdulillah suka sangat. Semua anak-anak eksaited. Sama lah kami pon. Haha. Lama dah rasa tak keluar jalan-jalan macam tu.

Gambo belum siap buh watermark la. So takde lagi gambo. Sabor yer belog. Kihkih.
So, tempek ini je dulu sekeping. K. Bye!!

2 comments:

  1. Bestnye bercuti! Huhu~ :D

    ReplyDelete
  2. nampak gemuks dalam ini gmbr.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...