Para Pengikut..

Tuesday, 22 September 2015

Scan 4D & jantina baby =)

Salam uollss..

***Lama terperam dalam draf. Hari ni godek2 draf rupanya ada entri neh. Ni dipanggil diari throwback la eh.hehe..
 
29 Ogos 2015 - Sabtu
 
Minggu ni week ke 24. Ari tu saya dah ushar klinik kat area Kuala Terengganu ni untuk scan baby. Kebetulan hari Sabtu asben mintak cuti. Kebetulan pulak ada klinik ni bagi diskaun untuk scan 4D. Untuk scan 4D black & white RM50 je. Kalau nak kaler kena tambah RM20. Agak jauh jugak klinik ni dengan rumah kami. Takpelah jauh pun asalkan servis baik. Opismate pon dah pergi sini dan cakap doktor baik hati peramah sangat.
 
So, hari Sabtu tu kitorang geraklah dalam kul 10.15am. Sampai je ngam-ngam kul 10.45. Pergi daftar then minum pagi kat kedai makan sebelah klinik. Doktor datang kul 11.00am. Tapi takdelah lama pun tunggu turn.
 
Doktor Karimah ni baik sangat. Peramah sangat. Alhamdulillah semua ok. Air ketuban normal, saiz, berat, tinggi baby pon normal. Tu je yang penting. Suka tengok gelagat baby. Duk tenyeh-tenyeh mata dia, tutup muka dia, tendang-menendang, duduk bersila pon ada. Aktif sangat awak ni sayang. Hehehe.
 
Pastu nak tengok jantina tersembunyi disebalik tali pusat la pulak. Doktor pujuk-pujuk baby cakap 'tunjuklah baby, ayah ngan mama awak datang nak tengok ni' hehe, comel je doktor pujuk. Pastu saya kena mengiring kekiri, mengiring ke kanan pulak nak bagi baby berubah posisi akhirnya nampak jugak. Tapi wallahua'lam la kan. Semua kuasa Allah. Ada orang scan tengok jantina gegirl, tup-tup kuar boboy. Ada jugak scan nampak belalai baby, kuar-kuar gegirl. Tak kisahlah. Asalkan awak sihat baby.  
 
 
Perut berdondang sayang dah. Tapi asben nak isteri dia masak jugak. So, terus balik rumah lah jawabnya. Plan nak cari barang baby sikit-sikit tak sempat la nak balik kemas baju coz nak balik umah mertua plak karang.
 
 
Sampai rumah masak-masak makan lunch pon dah kul 3.00 petang. Then kemas baju, sempat pegi kebun belakang rumah mak kejap kait rambutan untuk bawak balik umah mertua. Lepas maghrib tolak balik Dungun. Dalam kereta tiba-tiba je asben bukak topik nama anak. Padahal selama ni kita duk buat list cadangkan nama itu ini dia cakap tak kisah pun, eh tup-tup dia plak beria-ria cakap nama itu cantik, suka nama ini, nak nama itu, nak nama ini. Fine asben. Mak pasrah!
 
 
 


6 comments:

  1. wah..dah nampak gender ea... ^_^ memg seronok tengok baby dalam 4d.. puas hati.. ni lg puas hati.. rM50 je..murah nya.. kat kl rm120 dah tentu.. sebab 2d je pon dah rm50-70...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yoorin : heee..tula.eksited sangat.tp tak kisah lah apa2 gender pon =)

      Delete
  2. Salam boleh tau x klinik mane awk scan 4d tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam echah,sy g klinik perubatan annur.

      Delete
  3. Klinik kt kuala terengganu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuppp.bukit payung sis.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...