Para Pengikut..

Klik Me =)

Wednesday, 12 September 2012

Kenduri kawin lagi @ Sekayu

Salam uolls.

Weekend yang lepas kita join berarak sepupu. Pergi dengan en.beliau, mak dan adik. En.beliau dah sentiasa ada sekarang. Jadi takda masalah sangat nak pegi memana dengan adanya dia. Theeehee. Alhamdulillah beliau dah pindah keje di sini. Jadi say bye to PJJ. Wink wink.

Berbalik pasal berarak. Maksudnya menghantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan pada hari kenduri dilakukan. Rasanya lama dah tak join berarak neh. Sebab saya tak ramai sangat sepupu lelaki kot. Ni pun sepupu angkat sebenarnya. Tak ramai pun yang menghantarnya. Dalam 5 buah kereta saja.

Kenduri kat Kuala Berang. Jadi kami lalu highway melalui Tepoh. Jalan dah siap cuma tol belum siap sepenuhnya. Bertolak jam 11.45 pagi. Sebab tak kenal jalan dan rumah pengantin jadi kami follow kereta mak sedara. Alih-alih kereta masuk ke kawasan air terjun Sekayu. Kemain ingatkan majlis dibuat kat dewan dalam kawasan air terjun tu rupa-rupanya sebab kami sampai terlalu awai. Jadi mak sedara bawak pergi air terjun dulu sementara tunggu pengantin yang bertolak lewat sedikit sampai. So, alang-alang dah sampai Sekayu jom kita jalan-jalan tengok air terjun. Ceeewah. Sempat lagi kau.

Mak, mak sedara, saya, adik dan sepupu. =)
Ok. Muka saya boolat salahkan tudung ^_______________^

En.beliau snap. Terima kaseh. Dah nama en.beliau kan. Nampak air terjun tergedik-gedik la nak mandi. Kalo mak sedara inform awal-awal konfirm bawak baju seluar towel semua. Takpe-takpe. Kita pergi next time hokeh.

Lepak atas batu. Almaklumlah nak pegi kenduri haruslah pakai baju ayu-ayu semuanya. Orang pandang pelik je kat kami. Muahaha.

Dah sampai pengantin lelaki terus kami bergegas ke parking kereta nak menuju ke rumah pengantin pompuan. Takdela jauh sangat dari Air Terjun Sekayu. Sampai je kitorang berenti kat masjid dekat dengan rumah pengantin pompuan.


Pengantin laki duk pakai sampin.


Sesi bergosip dengan akak sepupu. Biasalah salah satu soalannya mestilah soalan wajib 'Dah berisi ke? Penat i nak menjawabnya hokeh =)

Ada mak andam datang tolong pakaikan.

Mak sedara dah pass setiap barang hantaran. Saya kena bawak sireh.  Pastu katanya yang bawak sireh kena duk depan sekali. Nerves mak. Baru ingat nak ngelat nak menyorok belakang sekali.

Peeewitt. Perasan tak saya mesti akan pandang camera kan. Mesti senyum kat camera kan. Heeee. Sebenarnya *malu nak ngaku*..sebenarnya pandang tukang pegang camera. Senyum kat tukang pegang camera. Hikss.

Pengantin laki dah mula nerves*kemain. Agaknya pengantin laki ilek je. Saya kot yang terlebih nerves. Motif??

Yeay dah sampai. Bersalam-salaman dengan pengantin pompuan. Tetiba teringat masa saya kawin itu hari. Sebab blur + tak de orang yang berpengalaman iring sampai ke pengantin laki tiba-tiba sampai je depan en.beliau terus terpaku disitu. Tiba-tiba berdiri sebelah dia. Tak tersalam pun. Theeeheee. So dalam album takdelah gambar bersalaman dengan suami lepas berarak. Heee.

Hantaran dari pihak pompuan untuk lelaki. Simple.

Tertarik pulak dengan deco pokok emas neh. Kreatif kan. Pasni boleh cedok idea untuk hantaran abang-abang yang menyusul. Muahaha.

Lepas tu pegi makan. Lauk kenduri kat Kuala Berang ni macam pelik sikit la. Ada satu lauk tu sayur lemak umbuk kelapa sawit. Tapi saya tak terasa nak makan. Makan gulai je. Takde selera. Balik singgah gerai jual jagung. Niat di hati nak beli jagung tapi sebab baru je sehari sebelum tu mak beli jagung rebus so beli kacang tanah je. Balik umah rebus. Nyummnyummm.


 

2 comments:

  1. oo.. yg ni la yg mok cite kat aku tadi.. dia kata 1stime dia g sekayu. pastu nati dia nak g lagi nak picnic haha =p

    ReplyDelete
  2. hh : ho lah wei..blk lah cepat.nti kite g bkelah deh =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...