Para Pengikut..

Klik Me =)

Wednesday, 31 October 2012

Aidil Adha kali ini.

Salam uolls.

Aidiladha kali ini pertama kali menyambut di Dungun a.k.a umah mertua. Pertama kali menyambut sebagai suami isteri (sopan ok). Pertama kali terasa kemeriahan Aidiladha. Mekasih. Sebelum tido masing-masing dah nekad nak bangun jam 5 pagi nak bakar sate. Malamnya mak mertua dah masak kuah kacang dan rebus nasi impit. So, sate je la tinggal nak bakar. Syok sangat tido jam 6 pagi baru masing-masing bangun. 1st time bakar sate hokeh. Best jugak. So, next raya tak nak tempah dah sate. Nak bakar sendiri je. Dengan nilai modal yang sama namun kuantiti yang berbeza.







 
Hee. Pastu tibe-tiba saya peminat sosej ni cakap "Bestnya kalau ada sosej. Boleh makan sosej". Mengidam ke hape? Then adik ipar bagitau ada je sosej dalam fridge. Hiks. Suka-suka. Dah settle bakar sate bakar sosej pulak. Dan opkos la yang paling banyak menghabiskan sosej adalah saya. Hahaha *Gelak jahat!!


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI KAMI!!
(ewah-ewah. baru nak ucap. Aidiladha dah berlalu seminggu dahhh)

Selain masak kuah kacang nasi impit. Mak mertua masak nasi tomato jugak. Tapi sebab entah kenapa hari raya ni saya langsung tak berselera nak makan. Makan sate sikit makan sosej banyak. Tu je la. Nasi langsung tak sentuh. Tak berselera konon.


 Kemudian kami beraya ke rumah nenek en.beliau (mok). Ramai la yang berkumpul umah mok. Mak sedara dan sepupu-sepupu en.beliau. Maklumlah hari Sabtu diorang akan korbankan lembu untuk kenduri arwah. Ramaila yang balik. Ramai jugak yang baru mengenali saya.
 "Yer. Saya binik Iwan" (jawab nada sopan santun)

Kemudian nak dijadikan cerita cuaca masa tu agak panas. So, sorang anak sepupu en.beliau pon cakaplah. Best jugak kalau mandi sungai neh. Wah. Wah. Dah tahu laki saya hantu air terjun. Laju lah decide nak pergi mandi air terjun. Apa lagi JOM BERCHEMERONGGG!!..*Baca 'Jom mandi air terjun chemerongg'


Jalan ke Air Terjun Chemerong yang berbukit-bersimpang siur-berhutan dikiri kanan jalan.

Sape nampak apa yang saya nampak??Air terjun!!!

Ada jalan tengah baiki pulak. Berbatu-batu la jawabnya.

Adik-adik ipar =)


Hari raya kan. Konpemla sunyi-sepi. Best jugak. Parking pon kosong jer. Taklah berebut tempat mandi nanti =)

Dari atas tebing. Eksaited!!

 Air sejuk sangat!!I kan takleh sejuk-sejuk so banyak bertapa atas batu saja. Ahakz.

Ada kemudahan bilik air untuk tukar baju dan mandi. Masa kami datang dis time tak ramai orang. Jadi masuk je terus dapat masuk bilik persalinan. Kalo sebelum ni mesti terpaksa menunggu line clear dulu. Sob.

Ada playground. Tapi macam basi jer. Agak-agaknya budak-budak dah penat mandi air terjun kot jadi playground dipandang takde makna jer =)

Sementara tunggu yang lain tukar baju jom kita amik gambo dulu. Nasiblah dapat kakak ipar yang suka bergambo kan. Eh. Adik-adik ipar pun suka bergambo jugak. Haha.


Adik bongsu en.beliau. Suka sangat dia ni mandi air terjun. Kalo jalan dia paling depan sebab eksaited nak mandi kan.


Rasanya dah tiga kali kot pegi mandi Air Terjun Chemerong neh. Tapi tetap rasa tak puas. Rasa nak pegi lagi next time. Pegi ramai-ramai meriah sikit kan =)








7 comments:

  1. rindunya iolsss dekat uolsss semua... huhuhu

    ReplyDelete
  2. bestnye mandi air terjun..hani dah lama x g waterfall..huhu

    ReplyDelete
  3. Hafiz Hafizol : Haha. weollsss rindu jugek kat uolssss...

    Oney : Best sangat oney!!hikss

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:50 am

    Useful content and awesome design you got here! I want to thank you for sharing your solutions and taking the time into the stuff you publish! Sublime work!

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:42 pm

    huhu..bila la kami plk nk smpai kt cemerung ni... ( ummi, abah,faiz, fana,fatin)

    ReplyDelete
  6. Anonymous12:44 pm

    raye nanti x yah tempah sate doh awk..awk pun pandai buat..kite bakar sama2..lalala

    ReplyDelete
  7. ummi : tunggu awk balik cuti leh la kite g mandi =)

    sis : hehe..tulah..jom raya nanti kita pakat bakar =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...