Salam uolsss..
SIBUK
Selamat hari sibuk buat tuan punya blog.
Pasni saya akan tak update kamu untuk beberapa hari atau beberapa minggu hokeh. Sila jaga diri baik-baik dan pastikan ramai orang view kamu. Hikss. Saya sangat membizikan diri dan menyibukkan diri dengan bermacam perkara disekeliling pinggang.
P/S : Sebab sibuk dan stress makan pun dah tak selera sangat. Uwaaa..
TUNANG
Ma mertua tersayang call bagitau adik ipar akan dirisik dan bertunang dalam masa terdekat. Dan ma mintak saya jadi tukang gubah watsoever. Sangat hepi dapat mengimbau kenangan gubah-gubah hantaran dulu.
Ermmm..tapi bila tengok balik kalendar alangkah sadisnya ianya terjadi pada tarikh-tarikh kesibukan ini. Waaaaa....Macam mana menantu ma nak balik ni ma. Masa dan keadaan sila berbaik-baik dengan saya tau. Nasib baik la Dungun tu satu jam jer.
P/S: Ma, syg akan usaha untuk balik tau, walaupun untuk malam sahaja. Sob. Sob.
KAWIN
Cuti raya cina dan cuti sekolah bulan tiga dah ada jemputan tak rasmi dari kawan-kawan. Owhhh. Sangat hepi bila kawan-kawan satu unibersiti sama-sama makan megi time duit ptptn tak masuk, sama-sama hangout pegi shooting kat kedai mamak, kat lorong gelap, kat kedah, atas feri dan kat mana-mana tempat shooting yang memberikan pelbagai kenangan pahit manis. Rindu semua. Harap rancangan untuk datang Terengganu berjalan dengan lancar. Amin.
Rindu. Rindu. Rindu.
Maaf. Tak cukup kot untuk terjemahkan ke dalam perkataan kan.
P/S: Dalam kepala tengah merancang nak bawak kekawan pegi jalan mana ntah??
INTERNET
Eh..tiga minggu duk rumah sewa tak tahu pun ada satu wifi tu kita dapat access secara free. Owhh. Alangkah baiknya JKKK kampung saya kan. Ehem. Kalau JKKK la yang empunya wifi free tu. Dah tiga minggu duk umah sewa tu baru dapat tau boleh online. Satu malam tu secara tak puas hati kami berdua suami isteri godek-godek wifi yang ada. Kena register dulu. Ehem. Tup-tup dapat on9. Excellent pulak tuhhhh..Tapi yelah. Balik keje terus on-kitchen kan. So, masa manalah nak online kan. Takpelah. Sekurang-kurangnya kalau masa internet diperlukan ianya ada dihujung jari. Ewaaahhh.
P/S: Kena bersedia kalo tetiba suami sendiri add untuk jadi kawan kat FB. Muahahaha.
Ok. Bye blog. Nak start menyibukkan diri dah. Daaaaa...