Para Pengikut..

Sunday 8 September 2013

Kenduri kendara.

Salam uollss..

Hehheh. Tak perlu nak bagitahu la eh. Mesti dah tau punya ni cerita basi. Hakhak. Sibuk menyibukkan diri sangat minggu lepas. Langsung takde masa nak sentuh lappy untuk kerja-kerja memblogging neh. Balik malam pulak lappy tersadai tak penah dibukaknya. Duk online tru hp je sampai habis bateri hp. Kesian hp. Takpe nanti taun depan misi kita tukar hp lagi eh. Alasan sebab bateri asyik kong je. Hehehe. Boleh terima ke alasan tu.

Okey. Minggu lepas maksudnya seminggu yang lepas masa cuti Merdeka tu Jumaat dan Sabtu tu ada kenduri. Kawan sekolah yang kawin. Saya tumpang Diyana jer. Ada geng best sikit pegi kenduri kan. En.beliau Jumaat Sabtu tu ada kerja pulak. Tak boleh la nak heret dia sekali kan. Tengok pelamin orang, hantaran diorang mengimbau kenangan masa kita sanding dulu. Hee.

Tahniah Peija. Moga kekal sampai anak cucu =)

Okey. Kemudian Diyana ajak pegi PC Fair. Dia risau jugak culik binik orang kesana kesini kan. Tapi lakik ai tak kesah pon Diyana. Dia pon keluar ngedate ngan kawan laki dia. So hari Jumaat adalah hari bujang bagi kami la. Kemudian pegi Giant beli eskrem. Nak makan eskrem haruslah kat tempat-tempat yang ada angin sepoi-sepoi kan. So pegi lah kami ke Pantai Batu Buruk. Lepak-lepak situ tengok budak-budak main wau, tengok orang dating..

Kemudian terus balik rumah. Sampai rumah rehat-rehat kejap en.beliau col ajak keluar minum. So, keluar ke pantai dekat rumah tu pulak.

YumyumYummy. Macam tahu-tahu kan aiolls terasa nak makan aiskrim jagung.


Udang celup tepung, sotong celup tepung dan kopok lekor.


Aiollss kan tak bleh makan udang. Tapi udang tu peberet en.beliau so kena order dua-dua udang n sotong. Eh, apesal gigih sangat saya bagi penerangan neh.



Ok. Malam tu kekenyangan tak makan malam dah.

Esoknya bersama Diyana lagi kitorang pegi wedding classmate masa form five.
Tahniah Syahida. Moga kekal sampai anak cucu =)


Kemudian Diyana hantar balik rumah. Saya pulak drive balik rumah mak sebab nak pegi kenduri jiran sebelah rumah mak pulak Kak Long. Yang sadisnya masa kat kenduri Kak Long ada lah sekor tebuan sesat ni pegi sengat saya. ooi bayangkan tebuan gigit tau, bukan semut api. Huwaaaaa...

Cepat-cepat pengantin belari pegi ambik minyak panas. Masa tu kaki dah rasa kebas. Jalan laju-laju balik rumah. Ayah suh buh daun senduduk. Sedih sebab masa ni en.beliau takde. Tunggu dia balik keje la nampaknya nak g kelinik.

Boleh imagine tak. Masa tengah bergambar dengan pengantin ni tebuan tu ada dalam kain okey. Lepas tu snap gambar dua-tiga keping siap bersimpuh sembang dengan kawan satu sekolah. Masa tu la baru tebuan tu sengat saya. Bangun hentak-hentak kaki bergolek tebuan tu keluar. Sabar jela. Takde tempat lain ke nak parking oiiii.


Saya dah tak bleh drive dah. En.beliau datang ambik dengan kawan dia bawak pegi klinik. Bila doktor kata kena inject ni..laju-laju saya jawab ok doktor. Haha. Macam suka sangat nak kena inject. Sebabnya sakit sangat-sangat berdenyut-denyut.

Dua hari jugak baru hilang rasa sakit tu. Alhamdulillah. Nasib baik la kena sengat seekor je. Fuhh. At least dapat la rasa pengalaman disengat tebuan. Muahahaha.

Ok dah. Cerita basi dah habis. Daaaa..

4 comments:

  1. gatal betul tebuan ni duk dalam kain. sian akak. semoga cepat sembuh akak.

    ReplyDelete
  2. Asma : Haah yang. Tebuan jantan kot tu. Hehe.

    ReplyDelete
  3. sakit o kena sengat tebuan....silap parking tebuan tu.hihi

    ReplyDelete
  4. Oney : Tahu xpe oney. Sakit giler. Tula. Salah target tebuan tu. hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...