Salam uollss..
PJJ
9 januari 2014. Pagi tadi, subuh-subuh tadi en.beliau dah bertolak ke Dungun. So, bermulalah episod pjj kami. Kali ni pjj lebih dekat la yakni sebelah daerah je. Paling lama drive pon 1 jam setengah dah jumpa. Tapi saya tahu dia mesti sangat sibuk, mesti susah nak balik. Nampaknya saya lah yang harus balik sana.
Masa awal-awal kawin kitorang pernah gak pjj. Tapi sekejap je. Kawin bulan Mac, pjj start Mei sampai September kot. Tapi masa tu saya masih duk ngan family.
Alhamdullilah, sangat tepat kami membuat keputusan untuk duduk sendiri. Sekurang-kurangnya selama setahun ni kami hidup berdua sangat banyak perkara manis untuk diingati (ewahhh, kau dah kenapa macam tulis novel cintun pulak).
Alhamdullilah, even Allah belum kurniakan rezeki anak, tapi Allah kurniakan saya seorang suami yang saya yakin dan rasa (perasan kejap) sangat menyayangi saya lebih dari apa pun. Aamiin. Semoga jodoh kami kuat sampai akhir hayat.
Ok.Ok.Stop. Kang tak pasal-pasal ada yang termuntah atas keyboard. kikiki.
RUMAH SEWA
Hari tu kan saya bagitau kami dalam proses mencari rumah sewa yang lain kan. Motif utama adalah mencari rumah yang mesra kejiranan skit. Sebab nanti aiolls ditinggalkan senang la kan. Pastu terjumpa la sebuah rumah ni. Pendek kata kami dah berjaya jumpa. Yeayyyy for us. Even kecik jer pon (sampai balik rumah tengok perabot ragu-ragu sekejap muat ke nak sumbat dalam rumah tu). Rumah dua bilik jer pon. Ok lah. Yang penting ada jiran-jiran yang ramah-ramah. Plus tuan rumah tu sebenarnya 3 sepupu dengan ayah jer. Rumah tu bertambah dekat dengan umah my mom.
Even saya pjj, saya tak kan kesorangan, sebab nanti Hafiz Hafizol iaitu model, deejay,penyanyi aka penulis belog terkenal itu akan duk skali ngan saya. Ai is hepi ada Jojo. Nanti kita pegi menderap-derap olwez eh Jojo.
AZAM 2014
Azam 2014 adalah sesuatu dan sesuatu. Perlu ke bagitahu semua orang pasal azam kita. Hehehe. Perlu jugak untuk sesetengah azam kan. Tapi untuk azam saya ni cukupkah saya seorang mengetahuinya. Semoga Allah kuatkan disiplin dalam diri untuk memenuhi azam tersebut. Thehehe.
Gambar terakhir sebelum bergelar pasangan pjj.Hehee.Mekasih en.beliau seminggu makan kat luar nak kita rehat tak yah masak. Malam ni misi berasapkan dapur balik =)
Gambar terakhir sebelum bergelar pasangan pjj.Hehee.Mekasih en.beliau seminggu makan kat luar nak kita rehat tak yah masak. Malam ni misi berasapkan dapur balik =)
Awok. sila backlink blog sy. Biasa kalau awk backlink, ramai sokmo org terjah blog sy kakaka.
ReplyDeleteLELAKI ITU : BAIKLAH!!!
ReplyDelete