Para Pengikut..

Klik Me =)

Sunday, 26 January 2014

Mimpi bencana alam.

 Salam uollsss.

Malam tadi saya mimpi. Ya Allah lama dah tak mimpi sesuatu yang menakutkan. Just copy yang saya post status di fb saya. Huhuk.


****
 
Mula-mula kat langit keluar lingkaran warna pelangi. Cantik sangat. Habis org ambik gambar. Nampak jelas pulak tu. Semua orang keluar kan kamera godang,hp segala gajet la untuk ambik video n gambar. Lingkaran warna pelangi tu memercik mcm bunga api. cantiknya. Semua org bersorak tak putus memuji Subhanallah.

Sebab ramai sangat org sampai aku ditolak2 jauh. Tapi masih boleh lihat lg keajaiban alam... itu.

Kemudian tiba2 lingkaran warna pelangi tu bertukar jadi warna hitam. Percikan bunga api pulak jadi percikan bola api. Semua yg tadi bersorak terus menjerit ketakutan..

Depan mata aku bola api tersebut menyambar dan membakar manusia. Suasana dah jadi kelam kabut. Mayat hitam bergelimpangan.

Ya Allah..takutnya..berpeluh2 aku terjaga dari tidur walaupun suasana dah memang sejuk.

 
****
Ya Allah takutnya.Orang cakap mimpi ni mainan tidur kan. Mungkin lately banyak sangat baca pasal dunia ni makin sejuk la, nak kiamat la sampai ke dalam mimpi kot.

Yang penting jadi peringatan pada diri sendiri supaya tingkatkan amalan.
Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari sebarang bencana.
Aamiin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...