Salam uollss..
Wah rindunya kat kau belog. Lama sungguh tak update. Alkisahnya kat rumah dah tak dapat online via lappy sebab saya dah pindah rumah. Dulu umah sewa lama dapat KTW (Kampung Tanpa Wayar). Free je uolls. Now aiolls dalam perancangan nak beli broadband. Sape nak review broadband tahap kelajuan kuasa kuda dengan harga yang mampu milik boleh story kat saya tau.
Alhamdulillah sangat Allah permudahkan setiap urusan hambanya. Mula-mula cari umah sewa rasa frust sangat, tiap kali jumpa mesti rezeki umah tu bukan untuk kitorang, rupanya Allah nak jumpakan kami dengan rumah ni. Walaupun kecik yang penting harga jauh lebih murah dan yang lagi penting dikelilingi jiran-jiran. Sekarang dah PJJ. Jadi duk rumah sorang-sorang pun tak risau sangat. Sekarang Hafiz Hafizol duk sekali ngan saya. Tq Hafiz Hafizol teman aiollss.
Malam Khamis tu sebelum en.beliau dan adik-adik sampai, saya ngan Hafiz Hafizol keluar pegi pasang tikar getah. Rumah tu rumah kayu tiang seribu. Nak tak nak kena pasang tikar getah uollss.
Kemudian en.beliau sampai, bawak sekali adik-adik beliau yang nak tolong angkut barang. Beliau dah settle dengan lori angkut barang pindah dari Dungun. Lori akan sampai pagi Jumaat. Jauh jugak kan. Takpelah, lagipun owner lori angkut barang pindah tu kawan dia jugak. So, siapa yang memerlukan lori untuk angkut barang, pindah rumah dah sebagainya boleh inform saya. Area Terengganu okey.
Owner lori angkut barang pindah rumah ni bagus sangat. Awal-awal pagi dah sampai. Kitorang pagi tu baru siap breakfast tengah layan cerita Chucky. Mula-mula saya plan nak angkut barang besar je, yang kecik-kecik datang balik angkut ngan kereta, tapi dah owner lori angkut barang pindah tu cakap sekali harung jer terus kitorang pon angkut semua la, pasni takde nak datang lagi dah.
Katanya ni 1st time angkut barang satu hala, biasa mesti dua-tiga kali angkut jugak. Yela, kitorang ni baru setahun. Tupun rasa macam banyak sangat barang. Dah lah rumah sewa baru ni kecik jer, ngam-ngam ho je barang-barang dalam rumah. Akuarium en.beliau terpaksa letak kat dapur.
Sekejap je angkut. Letak dalam rumah. Kul 2.30 ptg keluar makan. Ya Allah hai penat sangat sampai tak rasa lapar. Tapi makan laju-laju sampai licin pinggan.
Adik ipar Salihah pon ikut jugak, mekasih banyak Ateh, banyak tolong Kak Long.
Muka kepenatan sangat dah. Abaikan orang sebelah tuh.
Adik. Dari hari tu lagi nak ikut abang balik sampai merajuk muncung boleh ikat, nah hari ni dah bleh ikut. Suka sangat dia. Dah lah pau abang beli jam tangan, beli belon. Sabar lah yer en.beliau. Ni baru gelagat adik bukan anak lagi. Hehehe.
Pantang kan kalau pegi makan area pantai wajib lah order abc.
Adik ipar Salihah pon ikut jugak, mekasih banyak Ateh, banyak tolong Kak Long.
Muka kepenatan sangat dah. Abaikan orang sebelah tuh.
Balik rumah sambung kemas rumah. Saya ambik cuti Ahad dan Isnin. Konon nak kemas rumah kan. Alhamdulillah dah settle pon kemas semalam, sampai demam dibuatnya. Nasib baik hari ni dah ok. Ni macam demam lain jer. Macam demam rindu jer. Thehehe.
Jadi, secara rasminya hari ni 3 hari dah menetap di rumah baru.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah untuk permulaan yang baik bagi 2014 ini.
Semoga Allah murahkan rezeki untuk 'sesuatu hal itu' yang sentiasa didoakan siang dan malam.
Aamiin..
Jadi, secara rasminya hari ni 3 hari dah menetap di rumah baru.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah untuk permulaan yang baik bagi 2014 ini.
Semoga Allah murahkan rezeki untuk 'sesuatu hal itu' yang sentiasa didoakan siang dan malam.
Aamiin..
samela kita. baru pindah rumah. tapi saya dah seminggu duduk rumah sewa baru tu. penat pindah rumah ni.
ReplyDeleteImah, yeke..kita baru beberapa hari. Heee..tau xpe..penat sangat.sampai demam dibuatnya.huhu.
ReplyDelete