Para Pengikut..

Klik Me =)

Wednesday, 29 January 2014

Pemilihan kasut mengikut citarasa.

Salam uollss..


Lunch tadi keluar kononnya nak cari sebijik kasut or sandal ke whateva. Sedih sangat aihh dah dua minggu duk pakai selipar jepun ulang alik pegi keje, pegi pasoraya pon selipar jepun tu jugak, pegi jalan-jalan dating pon itu lah jugak. Nasib baik kaler pink nampak la cute sikit. Hahaha.

Tadi lunch keluar dengan kawan-kawan. Punyalah saya ni cerewet sangat nak beli kasut. Ya Allah hai rasa nya berbelas-belas sandal, kasut, heels kot saya try tadi takde yang berkenan di hati. Waaaa.. Kenapa diri ini sangat cerewet bab beli kasut. Saya takde banyak pon  kasut. Last saya beli raya Aidilfitri 2013. Hoihh. Lama kan. Pastu bila beli sepasang kasut tu saya akan duk pakai je kasut tu sampai lunyai. Kalau kasut tu masih ok then beli kasut lain pulak mesti kasut yang baru beli tu jer saya pakai pulak. So dah membazir di situ.

Padahal boleh je shopping esok lusa kan. Tapi konon sebab nak balik kampung pakai sandal baru, beria-ria jugak cari. Kesian kawan-kawan aiolls mesti tensen. Hehehe.

Biasanya untuk beli kasut dan sandal saya akan tengok :

1. Design (saya tak suka design yang crowded contohnya tiba-tiba ada bunga sekuntum besar pulak tuh). Suka design simple jer.
(Gambar sekadar hiasan)

2. Warna (Orang cakap better beli warna yang boleh pakai untuk semua kaler contohnya warna tanah macam brown, black, white dll. Tapi sekarang kan orang duk rembat je kaler pape. Color blocking katakan) Jadi sekarang mata saya asyik duk aim kaler bright je la. Dah tak sudi tengok kaler hitam. Bye!
(Gambar sekadar hiasan) 

3. Muncung (eh, muncung ke hapa bentuk kasut atas kat bahagian jari-jari tu. Saya tak suka bentuk bulat, kena muncung skit. Kalau yang bulat tu saya rasa macam skema jer. Macam tak style jer. Huhu.


  
(Gambar sekadar hiasan)

4. Ketebalan (Yakni adakah ianya flat atau heels atau wedges. Adakah 2 inci atau 10 inci. Saya berkenan tau kasut wedges tadi. Tapi saya sebenarnya dah berazam nak pakai kasut flat tahun ni. Kalau heels pon tak nak yang tinggi sangat. Hope kuat nafsu untuk capai azam neh. Hehehee.

 (Gambar sekadar hiasan)

5. Pengaruh dan sokongan ( Pengaruh penting sangat kalau nak beli  kasut neh. Haruslah bawak kawan-kawan kan. Jap gi nak tanya ni ok tak, kaler dia cantik tak, kena tak dengan warna kulit i.
#padahal dalam hati memang dah aim nak grab tak perlu nak tanya lagi kan. Muahaha.


Saya strees skit kalau bawak en.beliau. Haha. Weolls ni sangat kontra. Jarang sangat nak berkenan design yang sama. Kalau suruh dia pilih sentap lah mak kalau terpaksa ikut citarasa dia. Over modern, over style dan kadang-kadang pelik-pelik nau. Boleh tak hari tu dia pilihkan kasut yang tali panjang kena ikat sampai betis tuh. Kau mampuuuu.

Eh, kebetulan plak tadi dia call masa duk khusyuk try kasut. Macam tau je isteri tengah shopping tak gitau dia. Haha. Pastu awal-awal lagi saya cakap.

"Saya nak beli sandal ni, tak kisah la awak tak berkenan pon saya nak beli jugak" TITIK.

 Hahaha. Padahal dalam hati alamak kang dia kutuk kaw-kaw sandal yang saya pilih neh. Hahhaha.

Pastu siap beli whatapps kat en.beliau. Eh, masa try tadi tak ingat nak ambik gambar.


Pastu en.beliau reply "Comel jugak syg (luv)(luv)(luv)(best)(best)(best)". hahah. Bahasa whatapp kan.

Tengkiu en.beliau. Pestime bersetuju dengan pilihan saya. Heee. Hope ni jawapan dari hati awak, bukan untuk menyedapkan hati saya eh. (BigHug)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...